Syarat Pengeluaran Akaun Caruman KWSP Sering Berubah-ubah Mengecewakan Orang Ramai

547

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Syarat pengeluaran akaun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sering berubah-ubah hanya mendatangkan kekecewaan buat ramai pencarum.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata sejak Menteri Kewangan mengumumkan polisi tersebut di parlimen, orang ramai yang memerlukan telah membuat pelbagai rancangan kewangan tetapi sekarang rancangan itu nyata tidak dapat dilaksanakan disebabkan dengan perubahan yang sentiasa dibuat oleh kerajaan.

“Kerajaan Pakatan Nasional (PN) menetapkan syarat untuk menyekat pengeluaran KWSP setelah polisi tersebut diluluskan oleh parlimen, banyak orang yang tidak berpuas hati dan mereka percaya bahawa kerajaan tidak sediakan rancangan komprehensif dalam dasar ini sejak awal lagi.”

“Ini menunjukkan bahawa PN yang disokong oleh GPS sangat gagal kerana mereka kurang tegas dalam menentukan dasar, malah tingkah laku kerajaan yang goyah sekali membuat rakyat seperti tiada harapan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata walaupun pencarum ingin mengeluarkan dana simpanan mereka sendiri tetapi mereka terpaksa berdepan dengan banyak rintangan.

Katanya hal ini jelas membuat orang ramai merasa kerajaan sekarang menyusahkan rakyat dan tidak memiliki keinginan sebenar untuk membantu rakyat.

“Dalam beberapa bulan terakhir, PN melalui pelbagai propaganda bahawa mereka telah membelanjakan RM305 bilion untuk pakej bantuan ekonomi.”

“Sekarang telah menunjukkan bahawa momentum kerajaan tidak mencukupi, bahkan jika rakyat berusaha membantu diri sendiri terutama melalui i-Sinar yang telah dibentangkan di parlimen, namun syarat yang ditetapkan sangat ketat,” ujarnya.

Disamping itu, katanya kerajaan harus segera melakukan perancangan dan pengendalian yang tepat bagi mereka yang layak memohon i-Sinar kerana jika tidak, pasti situasi barisan panjang di luar Bank Simpanan Nasional (BSN) pada awal pagi akan berulang.

Chiew mengulangi bahawa jika kerajaan membenarkan rakyat untuk mengeluarkan akaun 1 KWSP, kerajaan juga harus menambahkan syarat seperti mengisi baki akaun dalam tempoh yang terhad dan bukannya meminta orang ramai hanya bergantung pada simpanan mereka dalam KWSP dan bukan pada simpanan bank. Ini adalah simpanan utama yang dapat digunakan selepas bersara.

Beliau mengatakan bahawa dari keperluan rakyat untuk menggunakan dana simpanan untuk membantu diri, dapat dilihat bahawa kesan bantuan prihatin RM305 bilion yang dibanggakan PN tidak lagi berkesan. RM305 bilion setara dengan jumlah anggaran belanjawan negara dan belum mencapai kesan jangka panjang.

“Kerajaan mahu rakyat menggunakan dana simpanan adalah langkah terakhir, namun PN menganggapnya sebagai kaedah yang baik.”

“PN telah mengagihkan wang sewenang-wenangnya, langkah ini telah memberi kesan besar terhadap ekonomi negara dan bahkan meningkatkan lagi beban kewangan,” katanya.

Tambahnya, ianya sama seperti Fitch Ratings menurunkan penarafan lalai penerbit mata wang asing jangka panjang Malaysia dari ‘A-‘ menjadi ‘BBB+’.”