Banjir Kilat Berlaku Di Bintulu, Kerajaan Diminta Menambahbaikan Dasar Sungai Sibiyu

1210

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Banyak kawasan perumahan di sini berdepan dengan masalah banjir ekoran dari kejadian hujan lebat berlaku hujung minggu lepas sehingga menyebabkan penduduk terpaksa berjaga sepanjang malam.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing membuat pemeriksaan keadaan air banjir dan parit terutama di kawasan yang sangat kritikal diancam masalah ini.

“Walaupun beberapa kawasan telah surut (banjir) secara beransur-ansur, namun masih ada kawasan masih banjir termasuk di Bukit Orang, Jinyuan, Taman Jason, Kampung Kemunting dan Jalan Sibuyu ke Austra di Batu 6.

“Di bahagian Jalan Sibuyu selepas SJK (C) Siong Boon, terdapat beberapa kawasan dilanda banjir yang menyebabkan banyak kereta kecil dan sederhana tidak dapat melaluinya dan bahkan banyak kenderaan rosak di jalan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew berkata bahagian Jalan Sibiyu di hadapan Taman Puteri dan kawasan perumahan kos rendah Sibiyu (RPR Sibiyu) yang menuju terus ke Sungai Sibiyu yang berdekatan mengalami banjir teruk dan bahagian sepanjang Batu 6 juga sangat teruk.

Menurutnya, kedua-dua longkang di sisi jalan di Jalan Sibiyu belum disemen dan perbezaan ketinggian jalan juga menyebabkan masalah banjir lebih serius.

Malah katanya akses ke kawasan perindustrian berdekatan dan Austra terjejas dan penduduk menghadapi keadaan air naik ke rumah mereka.

Selain itu, Nyabau Height di Jalan Tun Hussein Onn serta Perumahan ABF, Millennium Garden, Sungai Plan dan Kidurong Avenue juga berhadap nasib yang sama.

“Selain banjir pada jalan di Kidurong Avenue, banyak rumah juga menghadapi masalah air memasuki rumah sehingga menyebabkan harta benda seperti pakaian, perabot, barangan elektrik rosak.

“Mereka juga memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk menyusun pakaian mereka pada waktu kejadian itu, melihat kemasukan lumpur dan air yang berterusan, mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi pada awal pagi.

“Hujan lebat yang berlaku menyebabkan banyak orang kehilangan harta benda, malah ia juga memberikan kesan pada kesihatan mental mereka. Mereka tidak dapat tidur sepanjang malam dan mereka perlu membersihkan kotoran setelah air surut,” ujarnya.

Kerajaan digesa membuat penambahbaikan segera seperti melaksanakan projek mendalamkan dasar sungai agar kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan perumahan di sini baru-baru dapat dielakkan pada masa akan datang.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing telah melawat ke beberapa kawasan dimana paras air banjir masing tinggi iaitu di GEM Park, Taman Jason dan Jalan Sibiyu sehinggalah ke kawasan perumahan Austra Height.

“Tinjauan ke kawasan-kawasan ini mendapati ianya menghadapi masalah mendesak untuk diselesaikan terutamanya di GEM Park dimana hampir 100 isi rumah terjejas dan saya diberitahu kejadian ini tidak pernah berlaku sebelumnya dan penduduk di sini mula takut sekiranya berlaku hujan lebat lagi.”

“ADUN Tanjong Batu Chiew Chiu Sing telah menghubungi pihak kerajaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan banjir yang berlaku ini dan juga ‘follow-up’ beberapa projek sungai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata difahamkan banyak kawasan ini bersambung dengan Sungai Sibiyu dan ada juga terletak berada di sebelah sungai tersebut.

Chiew berkata dasar Sungai Sibiyu yang tidak dalam dipercayai merupakan antara faktor penyebab ianya tidak dapat menampung lebih banyak air hujan sehingga menyebabkan paras air semakin tinggi dan tidak surut.

“Oleh itu, kerajaan harus mengambil tanggungjawab dan membuat penambahbaikan segera, selain jalan raya yang dilanda banjir, dasar Sungai Sibiyu mesti digali lebih dalam. Pada masa yang sama, pembuangan kelodak parit harus dilakukan secepat mungkin,” ujar beliau.

Chiew menekankan bahawa selain meluluskan projek, pihak berkuasa juga mesti menjalankan audit projek untuk mengenalpasti keadaan persekitaran.

“Jika tidak rakyat akan menderita, mereka akan mengalami kerugian akibat bencana ini kerana mereka membeli rumah mahal dengan menggunakan simpanan dan pinjaman bank.”

“Sungai Sibiyu mempengaruhi kawasan yang luas dan juga merupakan sungai utama di bahagian ini yang bersebelahan dengan beberapa kawasan perumahan. Ini adalah tindak balas yang mesti diambil segera oleh pihak berwajib untuk memulakan projek,” katanya.