Perbinchangan Dalaman Diperlukan Sebelum Memperketatkan SOP

438

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Sebelum pihak berkuasa memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, adalah perlu untuk melakukan perbincangan dalaman secara teliti dan terus membuat pengumuman kepada umum setelah dipersetujui.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata buat masa ini terdapat kekeliruan mengenai SOP yang dikeluarkan sehinggakan masyarakat tidak tahu untuk mematuhi arahan dari pihak yang mana satu.

Menurutnya beliau percaya bahawa usaha pencegahan yang dilakukan pihak berkuasa tidak dapat mengawal penularan wabak terbabit secara berkesan.

“Selama beberapa minggu, kami telah menerima banyak aduan dari orang ramai bahawa SOP COVID-19 tidak teratur apabila hari ini cakap lain, esok lain pula.”

“Ada satu ketika SOP diketatkan dan tidak dibenarkan untuk keluar selepas jam 8 malam dan tiba-tiba ia ada diubah seperti mempertimbangkan cadangan selepas 6 petang untuk tidak dibenarkan keluar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata orang ramai tahu bahawa semua langkah yang dilaksanakan bertujuan untuk mengawal penularan jangkitan wabak terbabit dan sebahagian besar masyarakat juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Namun adakah lekuk penularan jangkitan berjaya dikurang dengan berkesan menerusi perlaksanaan langkah-langkah tersebut dalam tempoh ini? Adalah perlu bagi pihak berwajib untruk menyelaras keseluruhan rancangan dan membuat persiapan lebih awal dengan memanggil wakil dari pelbagai kepakaran untuk berbincang dan mencapai kata sepakat sebelum membuat keputusan.”

“Kami ingin tahu secara dasarkan adakah pihak berkuasa mengikuti dalam membuat keputusan dan akhirnya menyebabkan kekeliruan,” soal beliau.

Chiew berharap agar kerajaan di peringkat tertinggi berhenti berbincang secara berasingan, menganggu kehidupan rakyat dan menimbul rasa panik yang tidak perlu.

“Disebabkan SOP yang ketat dilaksanakan dalam tempoh yang lama, sudah tiba masanya pihak berkuasa melakukan kajian semula termasuk perlunya untuk melakukan ujian swab untuk merentas daerah, adakah langkah-langkah tersebut dapat mengurangkan bilangan kes positif.

“Mari kita tanyakan kepada pihak berkuasa bahawa hampir semua industri telah menutup perniagaan mereka pada jam 8 malam dan tidak banyak kenderaan di jalan raya, kenapa mereka (pihak berkuasa) masih memberi tumpuan lebih kepada perkara ini,” ujarnya.

Tambahnya, amalan pihak berkuasa berkaitan untuk menyekat jumlah penumpang menaiki kenderaan maksimum dua orang amatlah tidak wajar.

Chiew memberi contoh apabila sebuah keluarga yang terdiri dari empat orang yang biasa keluar dengan sebuah kereta, kerana sekatan jumlah penumpang dalam satu kereta, mereka terpaksa memandu buah kereta apabila keluar yang akhirnya meningkatkan jumlah kereta di jalan raya,

Chiew mengulangi bahawa terdapat lima SOP yang berbeza di Sarawak dan cara ini nyata tidak berkesan.

Disamping itu, jumlah kes yang disahkan dalam satu hari tetap menunjukkan peningkatan, malah hampir 100 orang yang telah disahkan positif hilang tanpa jejak.

Oleh itu, kerajaan Sarawak digesa untuk tidak menunggu sehingga jumlah kes yang disahkan melebihi 1,000 kes sehari barulah memberi perhatian terhadap keparahan jangkitan ini.

Beliau mengatakan rakyat terlalu kecewa dengan kerajaan Sarawak kerana pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat sudah cukup lama dan menyusahkan.

Sekiranya pihak berkuasa tidak mempunyai langkah pencegahan jangkitan wabak yang berkesan dan mengkaji semula langkah yang tidak bermakna dan berkesan maka rakyat seperti terus dieksperimen oleh kerajaan seperti ‘tikus makmal’.