Kenaikan Harga Barang Menjadi Isu Kritikal Yang Perlu Diutamakan Oleh Kerajaan

570

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Kenaikan harga barang menjadi isu yang kritikal masa kini dan perlu diberi keutamaaan oleh kerajaan kerana jika ia berlarutan, ia akan membawa beban yang semakin teruk kepada rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Bintulu Chiew Chan Yew berkata bagi menghadapi trend inflasi global, Malaysia perlu mengurus nilai mata wang kepada tahap yang betul kerana jika tidak, akhirnya rakyat yang menderita.

Beliau menegaskan bahawa isu inflasi yang dialami rakyat kini meliputi semua bidang utama yang berkaitan dengan makanan, pakaian, perumahan dan pengangkutan.

Bagaimanapun, kerajaan sekarang tidak menyedari penderitaan rakyat, malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berasal dari Sarawak menyifatkan kenaikan harga masih pada tahap normal.

“Kenyataannya mengatakan ayam dan telur ayam tidak naik harga hanyalah retorik untuk meyakinkan rakyat, tetapi hakikatnya ratusan barang lagi banyak naik harga, malah telur juga telah dinaikkan harga dua kali dalam tempoh sebulan,” katanya dalam satu kenyataan media.”

Chiew berkata dahulu ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi pembangkang, sering menyerang Pakatan Harapan (PH) mengenai isu kenaikan harga dan kini ketika mereka menjadi sebahagian kerajaan persekutuan, GPS berlagak angkuh mengenai isu ini.

“Mereka seperti tidak mempedulikan perasaan orang ramai dan tidak menghasilkan jalan penyelesaian berkesan dan bertindak mengatasi masalah itu dengan segera, sepertinya fungsi kerajaan telah ‘cacat’.”

Pada awalnya kenaikan harga melibatkan makanan, perkakasan dan bahan binaan, kini ditambah lagi roti, sayur-sayuran dan buah-buahan, malah tayar dan pengangkutan turut terjejas.

“Kenaikan ini amat mengejutkan dan ia tidak termasuk lagi tahap inflasi harga seterusnya jika harga minyak antarabangsa meningkat menyebabkan inflasi import,” ujarnya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mengaitkan isu inflasi dengan isu-isu lain seperti isu antarabangsa dan kenaikan harga bahan mentah, baginya perlakuan sedemikian adalah tidak patut.

Kerajaan bertanggungjawab memastikan kestabilan harga makanan dan komoditi di pasaran daripada menganggap masalah itu sebagai isu individu, contohnya kenaikan harga daging dan ayam perlu ditangani segera sebelum ia menjadi gelombang kenaikan harga.

Zaman sekarang kehidupan rakyat tidak seindah dulu, setiap kali berbelanja RM100, mereka rasa tiada apa yang boleh dibeli.

“Apa yang lebih mengecewakan ialah selain Alexander Nanta, terdapat juga menteri atau pegawai tahap menteri dari GPS yang menjadi wakil dalam persekutuan tiak berbuat apa-apa berhubung perkara ini.”

“Mereka seolah-olah hidup dalam kerangka kebahagian sendiri, walaupun berapa ramai keluarga yang menghadapi masalah makanan dan pakaian, dapat dilihat adakah kenaikan harga itu masih normal? Dan semua masalah ini akhirnya diteruskan kepada rakyat dan rakyat terpaksa tanggung,” katanya.

Selain itu, beliau mengatakan semua pihak telah meminta kerajaan memberi perhatian terhadap perkara ini awal tahun lalu, selepas RM800 bilion Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan bantuan khas dilaksanakan.

“Dana telah mengalir ke pasaran, tetapi ia juga terus menyebabkan inflasi, ini membuktikan ‘badan’ ekonomi Malaysia tidak sihat, jika kerajaan tidak menghadapinya dengan tegas dan menyelesaikannya secepat mungkin, keadaan jadi tidak terkawal dan rakyat akan menderita.”

Kerajaan telah memberi bantuan tetapi tidak dapat menstabilkan harga dan melaksanakan dasar substantif untuk mengekalkan nilai mata wang negara, ini telah membawa kepada pemulihan yang besar.

Kerajaan mesti menghadapi isu-isu ini dan cuba menyelesaikannya, jika tidak mata wang rakyat dan penggunaannya akan terus terjejas,” gesa beliau.

Chiew menegaskan bahawa harga barang sentiasa menjadi kebimbangan utama di hati rakyat, tetapi kerajaan tidak mengambil berat tentang perasaan rakyat dan ia tidak boleh menghasilkan tindakan yang berkesan dan benar-benar mengecewakan rakyat.