Kerajaan Sarawak Diminta Memandang Serius Untuk Menangani Masalah Gelandangan Di Bintulu

456

Kenyataan Media Daripada Chiew Chiu Sing:

Kerajaan Sarawak diminta untuk memandang serius mengenai masalah gelandangan di sekitar bandar ini kerana sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan baik, ia berkemungkinan akan menimbulkan masalah sosial yang lebih kompleks di kemudian hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing berkata walaupun kerajaan telah melaksanakan beberapa tindakan pasa masa lalu, tetapi masalah ini tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh dan sekarang masih terdapat gelandangan yang tidur di tepi jalan di beberapa kawasan di sini.

“Sarawak mempunyai tanah yang luas dengan jumlah penduduk yang ramai dan negeri yang kaya dengan sumber. Oleh itu, keperluan asas rakyat Sarawak untuk kehidupan harian, kerajaan harus merancang dan melaksanakannya dengan betul.”

“Ini juga merupakan tanggungjawab asas kerajaan. Rakyat tidak mahu kerajaan gagal menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya sehingga menyebabkan Sarawak jatuh ke dalam keadaan yang sama seperti negara-negeri miskin yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Oleh itu, Chiew mendesak kerajaan untuk mengambil pendekatan efektif untuk menangani masalah mereka yang terpaksa hidup sebagai gelandangan disebabkan kehilangan tempat tinggal.

Menurutnya, selain membantu menghubungi keluarga gelandangan ini, ada juga dari mereka yang menghadapi masalah mental, kemiskinan, usia tua dan lain-lain, maka kerajaan harus mempunyai tekad untuk membantu golongan tersebut.

Beliau berkata jika pihak berkuasa membawa gelandangan ini tanpa memberi pertolongan sepatutnya berdasarkan keadaan mereka, ia sama sekali tidak akan memberi makna dalam membantu golongan ini sekaligus menunjukkan kurangnya tekad untuk menyelesaikan masalah sosial terbabit.

Selain itu, Chiew berkata kerajaan telah menyediakan tempat tinggal untuk para gelandangan ini di Kuching dan ia adalah langkah pertama menuju pendekatan yang tepat.

Bagaimanapun ia hanya terletak di Kuching dan tugas yang paling mendesak adalah untuk mendirikan tempat tinggal gelandangan ini di setiap bandar di negeri ini dengan kadar segera.

“Kita tidak perlu risau bahawa akan ada ramai orang menyalahgunakan peluang ini, sebaliknya kita harus mengambil inisiatif untuk menghadapi dan menangani masalah semasa.”

“Pada masa yang sama, kita harus menggunakan kawalan pengurusan yang baik dan pendidikan yang luas termasuk pendidikan keluarga dan pelajar sekolah. Bertitik tolak dari ini akan mewujudkan kesedaran untuk menolong orang lain dan menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang,” ujar beliau.