Kerajaan Perlu Menyediakan Pakej Bantuan Ekonomi Tambahan Untuk Membantu Rakyat

473

Kenyataan Media Daripada Chiew Chin Sing:

Kerajaan diminta menyediakan pakej bantuan ekonomi tambahan bagi membantu rakyat yang menghadapi kesulitan susulan dengan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing berkata sektor ekonomi kita yang masih lemah sejak enam bulan lepas akibat dengan penularan wabak COVID-19, amat memerlukan bantuan kerajaan yang berterusan untuk pulih.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menyuntik dana RM45 bilion lagi untuk melaksanakan pakej pemulihan ekonomi bagi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia.

“Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada bulan Mac lalu sehinggalah PKPP, kita dapat melihat pasaran ekonomi semakin merosot dan sepi sehinggakan sukar untuk menghidupkan semula suasana ramai dan kegembiraan masa lalu.”

“Banyak perniagaan terpaksa menarik nafas panjang dan mengatakan bahawa tidak ada pelanggan di kedai yang dibuka sepanjang hari. Adalah sukar bagi perniagaan untuk pulih hingga 50 peratus seperti masa lalu dan beberapa perniagaan bahkan tidak dapat bertahan pada musim ekonomi sedang dingin ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu Chiew berkata selain isu pengangguran dan pemberhentian syarikat, banyak pekerja juga tidak dapat melepaskan diri dari pemotongan gaji. Mereka bahkan terpaksa menghadapi pembayaran pinjaman dan keperluan kehidupan keluarga yang membuatkan mereka kebingungan sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Menurut data, kadar pengangguran pada bulan Jun tahun ini adalah 4.9 peratus atau 773,200. Dianggarkan 1 juta orang akan menganggur pada bulan September.

Chiew berkata kerajaan tidak boleh mendiamkan diri dan mengabaikan isu pengangguran rakyat yang berterusan. Tanpa pendapatan, individu akan mengalami kesukaran untuk menyara keluarga mereka dan pastinya akan merasa tertekan dengan prospek masa depan.

“Perdana Menteri mencadangkan untuk meningkatkan bantuan yang diberikan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) kepada orang-orang yang memerlukan sehingga RM1,000 setiap bulan.”

“Cadangan ini harus segera dilaksanakan untuk membantu isu pengangguran, ketika mereka mencari peluang pekerjaan sehingga dapat mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarga mereka. Ini adalah kaedah penting untuk menolong banyak orang yang susah,” ujarnya.

Selain itu, katanya penderitaan rakyat bukan hanya kerana wang tetapi banyak juga yang menderita dari segi gangguan mental dan emosi.

“Kementerian Kesihatan harus memberi perhatian kepada mereka, mengambil inisiatif untuk memahami keadaan mereka dan memberikan kaunseling untuk memastikan mereka ini masih dapat menghadapinya dengan baik dan sihat sepanjang tempoh PKPP,” cadangnya.

Disamping itu, Chiew mendesak kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank untuk membantu ramai orang yang terjejas termasuk perniagaan dan perusahaan yang mengalami kesulitan ini.

Katanya perkara ini sangat penting ia dapat membantu mereka yang terjejas melewatkan pembayaran semula pinjaman yang dijangka berakhir pada September.

“Setelah PKPP dilanjutkan, memang sukar bagi sebilangan peminjam untuk mula membayar balik pinjaman. Ketika tarikh pembayaran semakin hampir, mereka menjadi seperti ‘semut di dalam periuk panas’, oleh itu kerajaan perlu melanjutkan moratorium pinjaman bank untuk enam bulan lagi,” katanya.

Chiew menekankan bahawa tidak mudah bagi perniagaan dan orang ramai untuk memulihkan ekonomi mereka seperti sebelumnya, sekarang mereka disokong dengan kesungguhan dan kegigihan mereka sendiri.

Bagaimanapun, kerajaan mesti mempunyai tekad untuk mencari jalan penyelesaian untuk menolong rakyat kembali ke kehidupan mereka seperti sebelumnya.