Kerajaan Sarawak Harus Memberikan Bantuan Kewangan Kepada Penjaja Demi Penutupan Pasar

354

Kenyataan Media Daripada Chiew Chiu Sing:

Kerajaan Sarawak didesak untuk memberikan bantuan kewangan kepada para penjaja yang terkesan ekoran arahan penutupan Pasar Utama Bintulu di sini.

ADUN Tanjong Batu Chiew Chiu Sing berkata pasar tamu Bintulu ditutup sebelum ini kerana pandemik COVID-19 dan sekarang pasar utama turut menanggung nasib yang sama.

Oleh itu, Chiew berpendirian sama bahawa kerajaan harus menyalurkan bantuan kewangan kepada penjaja yang terbabit.

“Kerana semua orang ambil tanggungjawab untuk mengelakkan penularan jangkitan, jadi peniaga hanya boleh patuh kepada arahan dan berdepan impak yang lebih parah, malah mereka juga menyedari bahawa keadaan tidak akan bertambah baik dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew berkesempatan berkunjung ke klinik kesihatan pagi kelmarin untuk meninjau sendiri proses ujian swab yang dijalakan petugas kesihatan terhadap penjaja yang didaftarkan.

Menurutnya, pada mulanya ramai orang terpaksa beratur lama untuk menunggu menjalankan ujian swab namun kemudian dengan bantuan petugas kesihatan, keadaan kembali terkawal dan semua pendaftaran dan ujian swab berjaya diselesaikan.

Chiew berkata selain penjaja, mereka yang berniaga di premis juga harus menjalankan ujian swab kerana timbul kes pemilik premis dan peniaga adalah bukan orang yang sama.

“Kami tahu bahawa menutup pasar dan pusat penjaja adalah untuk memerangi wabak ini, tetapi kerajaan juga harus memahami bahawa penjaja hidup dengan gaji hari yang hanya puluhan ringgit sehari, mereka kini menghadapi masalah yang lebih sukar, apa yang harus dilakukan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah?,” ujarnya.

Chiew menambah bahawa peniaga tidak pernah menikmati faedah seperti Jabatan Pertanian mengumpul hasil pertanian, mereka hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dan tidak berdaya untuk bertahan.

Tambahnya, walaupun pihak berkuasa menyediakan vendor di ruang terbuka berdekatan dengan lapangan terbang lama untuk mendirikan gerai perniagaan, tetapi penjarakan fizikal antara gerai juga membimbangkan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana telah mengehadkan jumlah orang di pasar raya, selain itu, jawatankuasa ini juga harus memperhatikan keselamatan peniaga di lokasi terbuka.” Gesanya.

Beliau berpendapat bahawa kerajaan Sarawak ingin membuka sektor ekonomi, tetapi tidak membuat keputusan yang bagus.

Malah selepas mengetatkan prosedur operasi standard (SOP), tetapi kerajaan tidak memberikan bantuan kepada perniagaan yang terlibat sehingga rakyat bingung apa yang perlu dilakukan.

“Ironinya lagi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Sarawak menerima RM2.9 bilion yang dibayar oleh Petronas dan mempunyai dana simpanan RM26 bilion dan lain-lain.”

“Setelah rakyat bersama memerangi wabak yang dasyat ini dan menunggu untuk menyelamatkan nyawa mereka, persoalannya apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat?,” tegasnya.