Kerajaan Diminta Memperolehkan Ujian Rt-PCR Secara Percuma

373

Kenyataan Media Daripada Chiew Chiu Sing:

Kerajaan Sarawak harus menyediakan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) untuk orang awam secara percuma sebagai langkahberkesan memerangi jangkitan COVID-19 sementaramenunggu pemberian vaksin secara besar-besaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing berkata berikutan keadaan jangkitan Sarawak masih tinggi termasuk peningkatan kadar kematian harian, jelas merupakan keadaan yang membimbangkan lebih-lebihlagi fasiliti perubatan negeri ini masih ketinggalan zaman selama bertahun-tahun.

“Sayang sekali jangkitan ini masih serius sekarang, tetapilawatan Perdana Menteri baru-baru ini tidak mempunyaitindakan praktikal yang lebih jelas untuk membantumemerangi jangkitan ini terutama memberi perincianmengenai vaksin dan masalah yang berkaitan di pelbagaisudut di negeri ini yang telah dilanda sukar kerana jangkitanterbabit.”

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) merebut peluang ini hanyamengambil berat rancangan besar-besaran dan propaganda pilihan raya negeri (PRN) Sarawak,” katanya dalam satukenyataan media di sini.

Chiew berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) harus mempercepatkan pemberian vaksinberskala besar dan membuat persiapan yang mencukupiseperti kakitangan bertugas, lokasi, pengangkutan dan peralatan yang cukup kerana ini adalah cara utama mencegahjangkitan pada masa ini.

“Jika JPBNS bersungguh-sungguh memerangi jangkitan iniperlu melakukan kesedaran nasional dan persiapan penuhsebelum melaksanakannya, jika tidak ia tidak mampumembantu Sarawak memerangi jangkitan ini dan akanmembuang masa sahaja,” ujarnya.”

Sementara itu, Chiew turut khuatir terhadap kadar penerimaandan pendaftaran vaksin COVID-19 di Sarawak yang masihrendah dan jumlah kes baharu yang membimbangkan.

“Kerajaan Sarawak kini harus fokus dengan giatmempromosikan rancangan vaksinasi terutama dalam enambulan ke depan dan bukannya melakukan rancangan publisitiPRN berskala besar.”

“Menurut laporan Pasukan Petugas Vaksinasi pada 29 Mac 2021, hanya 28.57 peratus penduduk Sarawak atau 591,921 orang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin. Bagaimanapun, masih ada 700,000 orang yang telahmenyelesaikan pendaftaran secara manual,” ujarnya.”

Menurutnya, pendaftaran vaksin yang tidak sistematik sepertiini sangat membingungkan dan prosedur pemberian vaksinkepada orang ramai juga akan menjadi cabaran seterusnya.

Katanya, pihak berkuasa mesti mengelakkan situasi yang lebih tidak teratur disebabkan oleh hilang koordinasi dan prestasi JPBNS yang tidak cekap dari awal adalah faktorkeadaan jangkitan yang tinggi di Sarawak kini.

Dalam pada itu, Chiew menekankan bahawa untuk memastikan bahawa rancangan vaksinasi kebangsaan dapatdilaksanakan dengan lebih efektif, pihak bertanggungjawabharus jelas mengenai kenaikan kuota vaksin Sarawak secepatmungkin.

Bahkan langkah seterusnya dalam pembelian vaksin oleh kerajaan Sarawak dan menggunakan mekanisme yang mantapuntuk membolehkan lebih banyak penduduk Sarawak mendapat vaksin dalam keadaan teratur dan semua maklumatmesti terbuka serta telus.