Bintulu Tiong Gagal Menangani Masalah Rakyat

584

Kenyataan Media Chiew Chiu Sing :

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing gagal untuk memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat, malah berniat jahat menyatakan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing mengenai Pasar Tamu Bintulu pada minggu lepas sebagai memanipulasi emosi.

Chiew berkata percubaan Tiong untuk mengangkat diri ya sendiri telah lama dilihat dan ditolak oleh sistem demokrasi, kebebasan dan pemerintahan undang-undang negara ini yang semakin matang.

“Adalah wajar bagi penjaja dan pemilik (Pasar Tamu Bintulu) untuk menyatakan hasrat mereka dan lebih penting bagi saya untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai anggota pembangkang.”

“Selain itu, Tiong mengatakan bahawa saya tidak ambil berat terhadap kesulitan petugas barisan hadapan dalam menghadapi wabak ini, malah beliau berusaha menutup ketidakmampuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew berkata selain mendengar penderitaan dan kesulitan peniaga, beliau juga berterima kasih kepada petugas barisan hadapan, namun sangat sayang apabila Tiong yang merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke China memutarbelitkan kenyataan orang lain sehingga mencemar nama baiknya.

Pada masa ini, para penjaja di tamu yang bergantung pendapatan pada hasil jualan harian terpaksa mengalami kerugian apabila pasar tersebut ditutup sementara dan mereka menunggu hasil ujian calitan dalam tempoh yang lama.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, keputusan sampel ujian COVID-19 diharap dapat diperoleh dalam tempoh beberapa jam dan seterusnya pasukan perubatan dapat memberikan rawatan yang efektif kepada pesakit yang positif COVID-19.

Dalam pada itu, Chiew mempersoalkan sekiranya mesin ujian calitan COVID-19 boleh mengeluarkan keputusan yang tepat dalam beberapa jam, mengapakah orang ramai yang diperiksa terpaksa menunggu lama untuk mengetahui keputusannya?

Apa yang menjadi kebimbangan Chiew adalah penjaja yang terpaksa menghentikan sementara jualan di pasar tanpa sebarang bantuan kewangan dari kerajaan berhadapan kesan yang buruk apabila mereka terpaksa menanggung keluarga yang tua, lemah, sakit, kurang upaya dan anak-anak.

Selain itu, ujian pengesanan COVID-19 di Sungai Plan kini telah tamat, namun penduduk di beberapa bangunan masih disekat pergerakan keluar dan masuk.

“Mereka menunggu lama selepas sampel di ambil dan ada yang menjalani ujian calitan kedua, dan mereka harus menunggu empat hingga lima hari lagi untuk mengetahui keputusan.”

“Pada masa yang sama, beberapa orang yang menunggu keputusan ujian calitan juga ditempatkan di hotel kuarantin dan berdepan proses menunggu yang lama.”

“Dalam beberapa kes, sebuah keluarga dengan empat orang atau lebih ditempatkan di dalam sebuah bilik selama 10 hari, ianya sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi ia bukan kuarantin yang disahkan positif, tetapi hanya menunggu keputusan ujian calitan COVID-19,” ujarnya.

Chiew mengatakan bahawa jika mesin ujian yang dikagumi pada awalnya benar-benar dapat menjalankan fungsinya, ia pasti akan mempercepatkan kelajuan petugas perubatan memberikan rawatan berkesan kepada pesakit COVID-19 yang disahkan.

Ini pasti akan membantu kecekapan petugas dan bahkan mengurangkan beban mereka. Namun situasi kini seakan gagal memberi pertolongan yang cekap bahkan menambah beban kerja petugas.

Chiew menekankan bahawa petugas barisan hadapan ini sebenarnya adalah pekerja yang bertungkus lumus menangani wabak ini, namun selalu ada ‘protagonis’ yang mencuri perhatian orang ramai dengan menunjukkan beliau begitu berbakti kepada rakyat.