Kerajaan Sarawak Digesa Mengambil Tindakan Kecemasan Segera Untuk Menangani Masalah Penularan Jangkitan COVID-19 Dan Mengutamakan Kesihatan Rakyat

383

Kenyataan Media Daripada Chiew Chiu Sing:

Kerajaan negeri Sarawak digesa mengambil tindakan kecemasan segera dalam menangani masalah penularan jangkitan COVID-19 dan mengutamakan permasalahan wabak ini dan juga kesihatan rakyat.

ADUN Tanjong Batu Chiew Chiu Sing berkata dalam tempoh satu tahun kebelakangan ini, disebabkan pengendalian wabak yang buruk menyebabkan banyak masalah sosial telah muncul di negara ini.

“Kerajaan Sarawak GPS sedang membuat percubaan untuk menguji pendapat rakyat. Sekiranya jika berkeras untuk mengadakan pilihan raya di Sarawak, ia pasti akan menimbulkan reaksi tindak balas yang kuat dari rakyat.”

“Ramai orang di Sarawak juga mempersoalkan pemimpin yang berkuasa hanya memikirkan berkenaan pilihan raya sahaja sehinggakan tidak dapat menangani penularan wabak dan memulihkan ekonomi di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Chiew berkata kerajaan negeri hanya mengumumkan aspirasi untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030 secara abstrak tetapi tugas yang paling mendesak sekarang adalah menangani kesulitan dan situasi sebenar yang dihadapi oleh masyarakat.

“GPS harus sedar bahawa keadaan wabak di seluruh negara termasuk Sarawak tidak bertambah baik, sekiranya ingin mengadakan pilihan raya, jangan hanya atas dasar untuk menjaga kekuatan dan kedudukannya sendiri.”

“Malah ia turut mendedahkan kehidupan, keselamatan dan kesihatan rakyat untuk bahaya lebih besar. Kata-kata mereka selama ini untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sarawak tidak lain hanyalah palsu,” ujarnya.

Perikatan Nasional yang disokong oleh GPS juga melakukan kesalahan mengakibatkan jangkitan COVID-19 tidak terkawal dan banyak kematian di negara ini. Dan sekarang Sarawak juga tidak terlepas dari situasi ini, tetapi pihak berkuasa masih sempat memikirkan mengenai pilihan raya dan politik yang akhirnya nanti pasti akan ditolak oleh rakyat.

“Oleh kerana pelbagai operasi politik dan perhitungan PN dan GPS pada awal wabak, seluruh negara telah diseret ke jurang yang hampir tidak masuk akal. Bukan hanya sukar bagi kehidupan seharian banyak orang untuk kembali kepada normal, malah pekerjaan, pendapatan dan keluarga mereka semua menghadapi pelbagai impak, terutamanya prestasi akademik pelajar yang pasti mempengaruhi prospek masa depan masyarakat Malaysia secara keseluruhan.”

“Penduduk Sarawak dapat memahami secara mendalam dalam wabak ini bahawa apa yang disebut sebagai autonomi parti kerajaan telah kehilangan makna sebenarnya dan terus ‘menampar’ diri mereka sendiri. Kini nampaknya harapan agar pilihan raya dilakukan dengan segera hanyalah untuk mepertahankan kepentingan diri sendiri dan menjadi jalan kehidupan untuk memanjangkan umur politik mereka,” katanya.

Beliau mengatakan bahawa kerajaan dan pemimpin politik yang bertanggungjawab harus mempunyai visi jangka panjang, jika GPS sendiri benar-benar menyokong pemerintahan yang stabil seperti yang dikatakannya dan sekarang ia menggabungkan Sarawak dan kerajaan pusat, tidak perlu merisikokan kesihatan rakyat Sarawak.

“Walaupun berakhirnya darurat kelak, Sarawak dan kerajaan pusat harus mengikuti banyak contoh dari negara asing bahawa varian virus ini telah melemahkan keberkesanan vaksin dan walaupun setelah dua dos, masih akan ada yang positif, berikutan ini Sarawak perlu memanjangkan lagi tempoh darurat.”

“Sebagai tambahan, dari awal tahun lalu, sering terdengar bahawa GPS akan mengadakan PRN pada waktu itu dan ada tentangan hebat dari rakyat dan akhirnya tidak jadi. Sekarang ketika keadaan darurat akan berakhir dengan varian Delta yang muncul bulan lalu, tetap PRN masih menjadi keutamaan,” katanya.

Chiew berkata apa yang orang ingin lihat hari ini adalah bagaimana kerajaan Sarawak dapat meringankan dan mengawal wabak ini dan memulihkan pasaran dan ekonomi.

Pada masa ini, rungutan masyarakat mendidih dan mereka yang berkuasa harus menyelesaikan dan melaksanakan tugas dasar untuk memerangi wabak langkah demi langkah.

Beliau menekankan bahawa jika kerajaan Sarawak benar-benar menyelesaikan kesulitan semasa termasuk pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh orang berpendapatan rendah dan banyak masalah kehidupan rakyat yang diabaikan dan ditangguhkan semasa wabak ini, Dewan Undangan Negeri
harus diadakan dalam masa terdekat untuk membolehkan jabatan-jabatan negeri dapat beroperasi semula seperti biasa.

“Biarkan masalah rakyat Sarawak dibawa ke DUN secara tegak, dibahaskan dalam kerangka Perlembagaan Negara dan mengemukakan rancangan sehingga rakyat Sarawak dapat benar-benar mendapat manfaat dari Pelan Pemulihan Negara selepas wabak kelak,” syornya.