Samaritans Menderma 30 Tablet Kepada DAP Miri, Kini Aplikasi Terbuka Kepada Pelajar Yang Memerlukan

628

Kenyataan Media Daripada Peter Hii:

Ketua DAPSY Sarawak, Peter Hee mengadakan sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Beliau mengatakan bahawa DAP Miri telah menerima sumbangan sebanyak 30 unit tablet yang termasuk data sebulan dari penderma yang baik hati. Set tablet ini desedialan untuk pelajar yang kurang pendapatan dan kurang mampu.

Peter Hee mengatakan bahawa 30 tablet ini akan dibuka kepada mana-mana pelajar sekolah rendah mana jua sekolah menengah di Miri yang perlu untuk memohon tanpa kira bangsa atau DUN. DAP akan bekerjasama dengan guru yang bertugas di sekolah untuk menyaring dan memastikan kelayakan pemohon.

“ Oleh kerana bilangannya terhad, kami berharap agar pelajar dan keluarga yang memerlukan dapat menghubungi DAP Miri secepat mungkin. Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma yang baik hati atas sumbangan mereka terhadap DAP. Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru kepada orang yang berkemampuan untuk terus memberi sokongan. DAP akan terus berusaha keras agar semua anak pelajar kita mempunyai peluang untuk belajar di ruang yang adil dan selesa, perjalanan pendidikan tidak dapat dihentikan, atau diperlahankan! “

” Orang yang ingin menderma boleh membuat pindahan memlalui akaun bank Parti Tindakan Miri di Hong Leong Bank :
DAP Piasau
A/C:255-000-15930
Bank:Hong Leong Bank Berhad

Sekiranya ada orang baik yang ingin menyumbangkan bahan dan peralatan elektronik yang lain, sila hubungi kami. “

Peter Hee mengatakan bahawa walaupun kerajaan PN pernah mengumumkan bahawa sejumlah 150.000 komputer percuma akan diedarkan kepada keluarga miskin, tetapi sampai hari ini belum ada perkembangan selanjut! “Hanya suara terdengar, tiada tindakan dilaksana!”

“ Saya dengan ini berharap agar kerajaan PN dapat mengumumkan perinciannya secepat mungkin: berapakah keluarga yang telah mendapat manfaat dari rancangan ini, dan berapa banyak komputer yang sudah dan belum dihantar. Sila nyatakan fakta dengan jelas. Rakyat mempunyai hak untuk tahu. “

Beliau mengatakan bahawa sejak wabak Covid-19 melanda, banyak pelajar tidak dapat menindaklanjuti kajian mereka kerana ketidakmampuan mereka untuk membeli telefon bimbit atau tablet. Pembelajaran pelajar tergendala bahkan ramai pelajar miskin terus tertinggal.

[Hanya pengetahuan yang dapat mengubah takdir, hanya pendidikan yang dapat mengubah kehidupan rakyat] Dia berharap kerajaan PN bukan sahaja sibuk bermesyaurat di rumah perdana menteri sampai larut malam tanpa mengikuti SOP untuk merebut kuasa politik tetapi harus lebih memberi prihatin terhadap anak-anak pelajar kita, terutama Kementerian Pendidikan harus memberi perhatian kepada perkara ini. Peter Hee mengatakan bahawa walaupun negara kita menghadapi krisis kesihatan awam yang teruk, perjalanan pendidikan tidak boleh diabaikan. Walaupun DAP tidak mempunyai dana atau subsidi dari kerajaan, tetapi DAP tidak pernah bersendirian dalam perjuangan mempertahankan pendidikan melalui sokongan dan pengorbanan rakyat

Bagi pelajar yang perlu, boleh menghubungi Penyelaras DAP 0143924484 (Alan Sia). Mereja hanya perlu melampirkan maklumat pelajar, nombor telefon serta alamat ibu bapa atau penjaga, Nama sekolah dan ketua cikgu. DAP akan menghubungi sekolah yang berkenaan secepat mungkin untuk mengedarkan telefon bimbit kepada pelajar yang layak selepas pengesahan. Sekian, terima kasih dan salam selamat.