Datuk Seri Ismail Sabri Seorang Rasis, Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri

397

Kenyataan Media Daripada Tonny Ung:

Datuk Seri Ismail Sabri merupakan seorang politikus yang rasis. Dalam Negara pelbagai kaum seperti Malaysia yang kitacintai ini, memerlukan pemimpin yang berjiwa rakyat, tanpa mengira warna kulit keturunan dan agama.

Atas sebab inilah, kita menyeru semua parti politik, terutama dari Sarawak mesti bersatu menolak pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri.

Antara kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri yang masih terngiang-ngiang, sehingga ke hari ini, ialah seruan beliau atas tindak laku selepas insiden “Plaza Low Yat 2015”.

Beliau mengeksploitasi kes “mencuri telefon” bimbit menjadi “kesperkauman”. Ketika itu seorang pemuda Melayu mencuri telefon bimbit dari salah sebuah kedai elektronik di Low Yat Plaza.kerani kedai tersebut, keturunan Cina lalu membuat laporan polis.

Tidak puas hati, dengan tindakan kerani tersebut. Maka sekumpulan belia Melayu kemudiannya menyerang kedai elektronik berkenaan. Akhirnya, kes kecurian mencetuskan pergaduhan antara pemuda Melayu dan Cina bertukar menjadi kesperkauman— semata-mata kerana batu api dari Menteri.

Datuk Seri Ismail, ketika itu, tidak melihat kejadian tersebut sebagaikes “kecurian” tetapi “kesperkauman”. Sebabnya, mudah kerana ia melibatkan bangsa iaitu Melayu dan Cina.

Gesaan sebanyak 48 organisasi ketika itu mendesak supayaDatuk Ismail Sabri ketika minta maaf dan tarik balik percakapan beliau yang mengapi-apikan sentiment perkauman, langsung tidak dihiraukan oleh beliau.

Malah, beliau kemudiannya membesarkan isu kecurian telefon bimbit menjadi isu nasional, untuk menyemarakkan sentiment perkauman.Kerajaan diseret untuk menyumbang berjuta-juta ringgit untuk menubuh “Mara Digital Mall” — yang kononnya untuk membantu para peniaga Melayu.Kita semua tahu kesudahannya; satu demi satu “Mara Digital Mall” yang dibuka di hamper semua negeri, selang beberapa tahun kemudian.
Beginikah perwatakan seorang bakal Perdana Menteri yang kita mahu dan perlu dalam keadaan ekonomi dan pandemik yang melanda negara? Kita tidak hairan, jika gagal, beliau tidak akan segan silu mempersalahkan kaum lain, untuk menutup kegagalannya.

Laungan kerajaan negeri Sarawak pimpinan GPS yang selama ini mengutamakan negeri-negeri Borneo — seharusnya bukan sekadar “gimmick” politik sahaja. Mereka harus menerima rakyat Sarawak dan Sabah bahawa tiba masanya “TimbalanPerdanaMenteri” dating dari negeri-negeri di Borneo.

GPS kini memegang 18 kerusi ahli Dewan Negara, mampu membuat perubahan yang member faedah dan kesan berpanjang kepada rakyat Sarawak dan Sabah. Dalam keadaan sekarang, kepentingan diri dan individu hendaklah di ketepikan dahulu — utamakanlah rakyat negeri-negeri Borneo.

Saya, dengan ini memohon dan berdoa agar parapemimpin GPS membuat pilihan yang bijak dan bekerjasama untuk menuntut kembali hak dan kepentingan negeri-negeri Borneo. Mereka mampu merealisasikannya dengan menyokong pencalonan Shafie Apdal dan seorang wakil dari Sarawak sebagai Timbalan Perdana MenteridanDatuk Seri Anwar Ibrahim sebagaiPerdanaMenteri.

Tonny Ung
Assistant Organization Secretary DAP Sarawak.
19-08-2021