Mengurangkan Jumlah Kementerian Dan Timbalan Menteri untuk menjimatkan perbelanjaan kewangan bagi menangani COVID-19.

656

Sidang Media daripada Tonny Ung:

Pertambahan saiz Kementerian dan Menteri Kabinet merupakan satu pembaziran yang membebankan negara pada saat ini. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim di bawah kepimpinan Yb Yeo Bee Yin telah dipecahkan kepada tiga kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tenaga daj Sumber Asli dan Kementerian Alam Sekitar. Pertambahan turut dilakukan apabila 4 Menteri Kanan dilantik menggantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dipikul oleh Yb Wan Azizah Wan Ismail.

Penubuhan kabinet Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yasin hanya mempertimbangkan kepentingan politik parti yang membentuk Perikatan Nasional dan mengabaikan kepentingan rakyat.

Saiz Kabinet harus dikecilkan jika tidak sekalipun mempunyai saiz yang sama seperti pemerintahan Pakatan Harapan terdahulu. Penurunan harga minyak dan penurunan nilai mata wang negara akibat daripada kesan Covid 19 harus menjadi pertimbangan penting dalam membentuk saiz kabinet dalam keadaan ekonomi negara dan ekonomi dunia berada di dalam keadaan tidak menentu pada hari ini.

Penubuhan kabinet oleh Perikatan Nasional lebih mementingkan habuan politik berbanding dengan kepentingan rakyat pada ketika ini. Perkara ini jelas menunjukkan PN tidak meletakkan kepentingan rakyat.

Pertambahan saiz kabinet telah meningkatkan kos sebanyak 35% atau RM234,422.37 berbanding kerajaan Pakatan Harapan dan jumlahnya sebanyak RM897,160.55. RM234,422.37 dapat diselamatkan sekiranya tiada pertambahan Kementerian dan jawatan timbalan menteri sekaligus nilai wang ini boleh disalurkan kepada Kementerian Kesihatan bagi berdepan dengan cabaran Covid-19 atau Tabung Bantuan Bencana Negara untuk pesakit Covid-19.

Parti – parti seperti GPS, UMNO dan PAS yang menyertai PN harus mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa dan tidak sewenang – wenangnya menerima “habuan politik” kerana tindakan ini akan meningkatkan beban pembayar cukai. Perdana Menteri harus melakukan “rasionalisasi saiz kabinet” jika mereka benar – benar meletakan kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik.