Sarawak haruslah menubuhkan tabung kecemasan secepat – cepatnya supaya dapat mengelakkan golongan berpendapatan rendah (B40) mengalami krisis bekalan makanan terputus

648

Sidang Media daripada Tony Ung:

Walaupun perintah kawalan pengerakan yang melibatkan dua minggu akan membawa impak negatif terhadap kehidupan rakyat Sarawak, saya masih tetap menyokong saranan ini kerana ia bertujuan untuk menghalang berlakunya gelombang baru wabak Covid-19. Selepas kerajaan mengumumkan perintah kawalan pengerakan, informasi dan protokol kerja bagi setiap Kementerian tidak mencapai kata sepakat dan ini telah menunjukkan bahawa setiap Kementerian telah menghadapi masalah komunikasi. Oleh sedemikian, saya berasa kecewa dengan tindakan kerajaan dan berharap agar Menteri dari setiap Kementerian tidak bertindak lambat sebaliknya mempercepatkan pengerakan mereka dalam mengekang wabak ini.

Perintah berkenaan telah membawa impak – impak negatif kepada semua peniaga iaitu mereka telah hilang sumber pendapatan tetapi tidak dapat mampu mengurangkan perbelanjaan seperti kos sewa dan gaji. Golongan B40 banyak terjejas kerana majoriti mereka terdiri daripada pekerja – pekerja sambilan harian ataupun pemandu-pemandu lori dan lain – lain di mana gaji mereka dikira berdasarkan komisen. Mereka tidak dapat bekerja susulan perintah tersebut dan kesusahan akan menyebabkan mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar sebarang bil atau membeli barang keperluan seharian.

Selain daripada golongan B40, kerajaan Persekutuan haruslah memberi pelepasan cukai kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) dan meningkatkan pendapatan tahunan yang perlu membayar cukai kepada RM 60 000 ke atas. Selain itu, kerajaan Persekutuan juga perlu memberi insentif percukaian dalam membantu segala peniaga menghadapi kesusahan supaya mengelakkan berlakunya bankrap atau kekangan kewangan. Hal ini demikian kerana premise perniagaan yang mengalami bankrap atau berada dalam kesusahan kekangan kewangan akan menyebabkan berlakunya gelombang pemecatan pekerja – pekerja yang akan terus menjejaskan kestabilan masyarakat.

Ketua Menteri Sarawak haruslah meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan bertindak pentas untuk mengadakan mesyuarat Kabinet sarawak supaya dapat membuat keputusan yang memanfaatkan rakyat Sarawak dan mengelakkan berlakunya krisis bekalan makanan terputus.