Cara Penyelesaian Kemalangan Kebakaran Secara Komprehensif Amat Diperlukan

564

Siaran Media DAP Cabang Jepak Dan DAP Cabang Sebuti:

Di Sarawak 45 dari 120 kes kebakaran rumah panjang berlaku di antara tahun 2015 sehingga Julai 2020 adalah berlaku di Bahagian Bintulu dan Miri.

Statistik ini dikeluarkan oleh pihak Bomba dan ia amat tinggi, iaitu 30 peratus daripada keseluruhan kes kebakaran di Sarawak. Keadaan ini amat merisaukan. Terdapat pelbagai punca berlaku kebakaran, antaranya ialah kecuaian.

Kerajaan sering mewar-warkan inisiatif untuk menangani masalah kebakaran ini, termasuklah mewujudkan mini bomba di kawasan rumah panjang. Namun penyelesaian secara komprehensif akan masalah ini masih belum ada.

Realitinya, ada di antara rumah panjang di Bahagian Bintulu yang dibiar, atau terbiar berisiko tanpa perhatian pihak yang berkenaan. Pada minggu lepas pihak kita dimaklumkan akan permasalahan yang di hadapi salah sebuah rumah panjang di Sebatu, Suai.

DAP Bahagian Jepak dan DAP Sibuti kemudiannya turun kepada untuk menyelidiki masalah yang di hadapi oleh penduduk Rumah Guntor. Ia perkampungan tiga buah rumah panjang dan dianggarkan memiliki lebih daripada 30 pintu atau isi rumah.

Awalnya, rumah panjang tersebut dibina bertingkat – dua tingkat. Beberapa tahun lepas, kerana kebanyakan tingkat pertama rumah sudah usang, mereput dengan itu tidak lagi selamat untuk didiami. Kemudiannya, merobohkan sahaja tingkat pertama tersebut.

Akibatnya, sistem pendawaian rumah panjang mereka turut terjejas. Kerana tidak mampu membiayai kos pendawaian semula yang tinggi, mereka biarkan sahaja dawai-dawai elektrik bergantungan. Ini sudah tentu berbahaya, risiko kebakaran akan berlaku amat tinggi.

Mereka telah merayu kepada pihak kita untuk bantuan. Tetapi, sebagai wakil rakyat bagi N.70 Samalaju, parti pemerintah seharusnya telah maklum akan permasalahan mereka. Mengapa bantuan masih tidak di hulur kepada mereka sehingga kini, kita tidak tahu.

Kita berharap, YB GPS N70 Samalaju janganlah menunggu sehingga berlaku kemalangan barulah bertindak. Beliau seharusnya prihatin akan kebajikan kawasan ADUN beliau. Penduduk di rumah panjang Tr. Guntor amat memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat di rumah panjang mereka.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Tonny Ung +60 13-830 3885
Pengerusi DAP Cawangan Jepak.