Tony Berkata Kenyataan Chieng Jen Adalah Benar, Douglas Uggah harus berkomunikasi dengan KKM

1087

Sidang Media daripada Tony Ung:

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Unggah mengatakan bahawa dia berasa agak bingung atas garis panduan tentang kawalan wabak seperti yang diperkatakan oleh pengerusi DAP Sarawak sebelum itu dan lalu menitikberatkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Sarawak adalah lebih ketat daripada garis panduan di seluruh negara. Dalam konteks ini, ia menunjukkan bahawa Datuk Amar Douglas Uggah tidak mengetahui tentang garis panduan KKM yang sedia ada dan mempunyai satu kemungkinan juga beliau mengelabui rakyat ataupun diperdaya oleh orang sampingan beliau.

Saya mempunyai kontak dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kuching pada 8 March. Oleh sedemikian, selepas dia disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 18 March, saya juga telah pergi ke Klinik Kesihatan Bintulu pada hari yang sama untuk melaporkan diri tentang saya pernah menghadiri mesyuarat dengan YB Kelvin Yii dan lalu meminta Ujian saringan Covid-19 . Namun demikian, saya telah diberitahui bahawa saya tidak perlu menjalani Ujian saringan atau pemeriksaan jika tidak mempunyai simptom Covid-19. Saya menghubungi beberapa orang yang pernah menghadiri mesyuarat tersebut pada dan mereka juga diberitahui oleh pihak hospital tentang garis panduan yang sama iaitu saringan atau pemeriksaan tidak diperlukan jika tidak mempunyai simptom Covid-19. Pihak hospital telah memberi notis kuarantin kepada saya dan tarikh telah ditulis supaya saya dapat mengamalkan kuarantin sehingga 22 Mac.

Saya berusaha mencari saluran untuk menjalani Ujian saringan Covid-19 tetapi masih gagal. Saya telah diberitahu sebuah pusat saringan swasta untuk menjalani perkhidmatan pemeriksaan Covid-19 tetapi dengan kecewanya perkhidmatan tersebut hanya terhad di semenanjung Malaysia. Hospital kerajaan, hospital swasta ataupun makmal saringan juga tidak dapat membuat pemeriksaan dan ini telah menyebabkan rakyat Sarawak macam saya berasa bimbang dan keliru. Adakah kerajaan Sarawak mengetahui situasi ini atau mereka tidak pernah langsung mengambil berat rakyat?

Dari pengalaman saya terbukti kenyataan YB Chong Chieng Jen tidak memfitnah malah berdasarkan asas dan situasi sebenar yang saya seperti saya jelaskan. Datuk Amar Douglas Uggah selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak tidak harusnya menolak tanggungjawab beliau dan sebaliknya harus menjalani siasatan dan menkaji secara menyeluruh titik-tolak masalah seperti sebab-sebab di belakang garis panduan(Standard of Operating) yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana negeri Sarawak bercanggah dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya juga nak persoalkan adakah beliau lupa bahawa YB datuk Aoaron Ago, ahli parlimen Kanowit yang berasal dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga merupakan Timbalan Menteri kedua Kementerian Kesihatan Malaysia? Ataupun mereka tidak langsung mempunyai nombor telefon antara satu sama lain untuk berkomunikasi?

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mestilah meningkatkan koordinasi dan berkomunikasi dengan Jabatan Kesihatan Sarawak dan segera meningkatkan keupayaan Ujian saringan Covid-19. Hal ini demi kepentingan Sarawak. Ujian Saringan covid-19 dapat memastikan suspet yang menjalani saringan dijangkiti atau tidak dalam masa yang singkat dan ini bermakna tindakan pengesanan dan pemantuan terhadap orang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit disahkan convid-19 positive dapat dijalankan segera agar mengelakkan berlakunya jangkitan merebak kepada orang ramai dan mengekang penularan wabak Covid-19 secara konsisten.