JPBM disaran guna Pusat WhatsApp untuk pengagihan derma lebih sistematik

119

Pernyataan daripada Alan Ling:

Jawatan Kuasa Bencana Miri(JPBM) harus memanfaatkan spenuhnya penggunaan aplikasi WhatsApp untuk mengumpul maklumat penduduk yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling berkata dengan mewujudkan Pusat WhatsApp, ia akan menjadi saluran kepada penduduk untuk berhubung terus dengan pihak berkuasa dan mendapat bantuan yang disediakan.

“Daripada maklumat yang dikumpulkan akan memudahkan JPBM mengenal pasti penerima termasuk lokasi kediaman menjadikan pengagihan lebih teratur dan terancang,”jelasnya semalam.

Ling berkata, daripada komunikasi di Pusat WhatsApp, penduduk akan dimaklumkan masa pengagihan ke kediaman mereka tanpa perlu keluar rumah beramai-ramai untuk mendapatkannya.

“Ramai penduduk sekarang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dan ia boleh menjadi saluran yang baik untuk pihak berkuasa mendapatkan maklumat golongan yang berhak menerima bantuan,”katanya.

Ling menambah,mereka yang mahu mendapatkan bantuan, boleh menghantar maklumat pribadi seperti nama penuh, nombor MyKad, alamat dan pekerjaan kepada Pusat WhatsApp.

Beliau yang juga setiausah DAP Sarawak berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan sukarelawan yang tampil menghulur sumbangan kepada penduduk.

PKP banyak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan bantuan makanan asas daripada kerajaan turut diperlukan sekiranya tempoh dilanjutkan.