DAP derma makanan kepada Pusat Pemulihan Dadah Kenosis Miri

1555

Pernyataan daripada Alan Ling:

Pusat Pemulihan Dadah Kenosis Miri menerima sumbangan makanan disampaikan Parti Tindakan Demokratik(DAP).

Sumbangan diharap dapat menambah bekalan makanan untuk keperluan penghuni dan kakitangan pusat itu.

Makanan yang didermakan ialah beras, gula, minyak masak, telur, bawang, sayur, buah dan makanan berkhasiat lain.

Pusat kini merawat 37 bekas penagih dadah yang datang dari dalam dan luar Miri secara sukarela mahu membebaskan diri mereka daripada penyalahgunaan dadah.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Lig menyerahkan sumbangan bantuan makanan kepada Pusat Pemulihan Dadah Kenosis Miri yang turut terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain pusat pemulihan dadah, sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat diperlukan untuk membantu bekas penagih dadah terus bersih dan tidak kembali ke kancah dadah. Sokongan moral penting untuk mereka memperbaiki diri dan hidup normal,”jelasnya.

Ling yang juga setiausaha DAP Sarawak berterima kasih kepada penaja yang membolehkan beliau mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sepanjang PKP.

Yang hadir mewakili DAP ialah Ketua Pemuda DAP Peter Heed an Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo. Pusat Kenosis diwakili Pastor Robert Danor.