Alan menyumbangkan 500 mask untuk Poliklinik Miri

618

Media Statement Daripada Alan Ling:

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling menyumbangkan 500 keping penutup mulut dan hidung khas petugas barisan hadapan di Poliklinik Miri (Klinik Kesihatan Miri) semalam.

Alan Ling ketika menghubungi Utusan Sarawak berkata, dalam pemantauan kerjanya di Poliklinik Miri mendapati petugas perlukan penutup mulut dan hidung khas (jenis perubatan) yang mencukupi ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, sumbangan itu perlu untuk petugas di sini ekoran klinik ini terletak di pusat bandar yang sering mempunyai ramai pesakit biasa.

“Saya harap sumbangan sederhana ini dapat memberi manfaat kepada doktor, pembantu perubatan, jururawat dan kakitangan dari pelbagai bahagian di Poliklinik Miri.

“Setelah mengetahui keperluannya oleh di klinik ini, maka sumbangan sebanyak 500 keping penutup mulut dan hidung untuk klinik tersebut dan diserahkan pada minggu lepas,” jelasnya.

Sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kepada petugas klinik menjaga kesihatan orang ramai dengan melakukan kerja yang penuh dedikasi dan komitmen mereka selama ini.

“Bebanan kerja petugas kesihatan di klinik mungkin meningkat dalam tempoh ini bahawa orang ramai akan mengadakan saringan rawatan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19,” tambahnya.

Sementara itu, Pembantu Khas Alan, Lawrence Low turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan perubatan atas kerja keras dalam membendung wabak Covid-19.

Penyerahan sumbangan 500 keping penutup mulut dan hidung telah dilakukan oleh Lawrence Low bagi pihak Alan Ling kepada Dr. Norafini Salamon yang bertugas di Poliklinik Miri.

Turut hadir ialah pembantu peribadi Ling, Adriana David dan Matron Ling Leh Hong yang turut bersama menyerahkan sumbangan berkenaan.