Media Statement Daripada Brolin Nicholsion:
Setelah tumbangnya pemerintahan Pakatan Harapan, negara seolah-olah telah kembali ke landasan yang berlandaskan perkauman dan seperti hak minority rakyat Malaysia tidak diendahkan dan diketepikan.
Semasa pemerintahan Pakatan Harapan, barisan kerajaan dibarisi oleh pelbagai kaum dan agama sehingga Malaysia dinobatkan sebagai ‘The Beacon of Democracy’ di mata dunia. Pada May 2018, 48.3% rakyat Malaysia mengundi Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru untuk menolak pemerintah kleptokrat, bersih dari rasuah dan memperjuangkan hak-hak semua rakyat Malaysia dan bebas dari politik perkauman dan ekstrimis agamawan.
Sepangjang pemerintahan Pakatan Harapan, PH berjuang untuk hak semua rakyat Malaysia dimulai dengan pembentangan untuk menggubal perlembagaan persekutuan agar hak sabah dan Sarawak dikembalikan sebagai rakan kongsi didalam Persekutuan Malaysia, tapi malangnya ia usul berkenaan tidak berjaya kerana ditolak oleh pembangkang ketika itu iaitu UMNO,PAS dan parti yang konon memperjuangkan hak Sarawak iaitu GPS mengambil sikap berkecuali dari mengundi usul tersebut di parlimen. PH juga ingin mengadaptasi ICERD di Malaysia namun sayangnya ia telah disalah tafsirkan segelintir ahli politik sehingga menyebabkan kemarahan rakyat dan PH akhir akurbdengan keputusan rakyat dengan menolak ICERD.
Hak pendidikan, kesihatan, kewangan dan bisnes adalah keperluan asa di kehidupan seluruh rakyat, bolehkah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin memastikan kaum Dayak, Kadazan, Orang Asal, Cina dan India mendapat hak-hak sama rate tersebut tanpa ada prejudis.
Orang Dayak di Sarawak, Orang Asal Sabah dan Orang Asal di Semananjung Malaysia, telah sekian lamanya hak mereka terhakis. Adakah masih ada harapan untuk mereka memulih dan mendapat hak-hak mereka kembali setelah sekian lama disisihkan dari arus pembangunan?
Sebagai seorang Dayak yang membesar di pendalaman Sarawak melihat semua ketidakadilan ini berlaku, masih adakah harapan untuk kaum Dayak di Sarawak, Orang Asal Sabah dan Orang Asal di Semenanjung Malaysia di negara ini? Atau mungkinkah kita akan melihat semakin banyak rakyat Malaysia akan meninggalkan Malaysia kerana merasakan negara ini bukan untuk mereka lagi? Mungkinkah suara mereka yang lemah akan diperjuangkan dan bukan hanya alat untuk memenangi pilihanraya semata-mata?
Saya berharap kerajaan Malaysia pada hari ini menjadi contoh kepada generasi yang akan datang untuk bebas politik perkauman dan semua hak rakyat Malaysia diperjuangkan agar suatu hari nanti, Kaum Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan Orang Asal akan dengan bangganya memanggil diri mereka sebagai Anak Malaysia.