Brolin: Bergabung membentukan PN, GPS telah menimbulkan masalah kepada diri sendiri malahan kehilangan pendirian diri.

2323

Media Statement Daripada Brolin Nicholsion:

Dengan kerjasama UMNO,PAS,MIC,MCA dan GPS untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional baru-baru ini menyaksikan mereka telah bersetuju untuk bergabung didalam Perikatan Nasional walaupun belum sah lagi didaftar.

Menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin didalam Perikatan Nasional baru-baru ini berkenaan dengan titah diraja menyaksikan nama YAB Ketua Menteri ada didalam kenyataan media tersebut. Perkara ini juga disahkan oleh Alexander Nanta Linggi menerusi sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengukuhkan lagi kedudukan GPS didalam Perikatan Nasional dimana beliau menyatakan GPS adalah sebahagian dari Perikatan Nasional walaupun beberapa pemimpin GPS kelihatan tidak begitu jelas dengan kedudukan sebenar mereka didalam Perikatan Nasional.

Menerusi gabungan ini, ia akan menimbulkan beberapa persoalan yang menyentuh dinamik politik di negeri Sarawak ini dimana sebelum ini GPS belum pernah berkerjasama dengan PAS sama ada di pusat mahupun di peringkat negeri untuk membentuk kerajaan.

Adakah GPS akan memberi peluang kepada PAS di pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang dengan memberi beberapa kerusi untuk ditandingi oleh PAS? Adakah GPS sedar bahasa ideologi dan perjuangan PAS adalah tidak relevan di Sarawak dimana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan juga majoritinya beragama Kristian.

Jikalau GPS memberi peluang kepada PAS, adakah ini bermakna GPS akan kehilangan beberapa kerusi yang mereka tandingi sebelum ini? Jikalau tidak, adakah GPS sebenarnya tidak ingin bergabung dengan PAS tetapi oleh kerana kuasa dan kedudukan di kerajaan pusat, mereka hanya berdiam diri.

GPS harus dengan jelas menyatakan pendirian mereka didalam Perikatan Nasional dan jangan hanya hangat-hangat tahi ayam oleh kerana kedudukan dan kuasa di peringkat pusat.