Kenyataan Media Daripada Kelvin Yii:
DAPSY Kebangsaan mengambil berat dan prihatin terhadap sesuatu klip video yang tertular di media sosial baru-baru ini yang melibatkan seorang ahli akademik yang telah jelas sekali menghina dan bersikap kurang sopan terhadap seorang mahasiswa yang difahamkan telah tamat pengajian di UiTM Seri Iskandar, Perak, hanya disebabkan status ekonomi mahasiswa dan keluarganya.
Kelakuan ahli akademik tersebut tidak haruslah dipandang rendah malah tidak haruslah dipertahankan. Sebagai seorang ahli akademik atau pensyarah, beliau sepatutnya lebih bersimpati dan memahami keadaan mahasiswa tersebut dan berusaha untuk membantunya, bukan memperli atau menghinanya kerana tidak mempu memiliki sebuah computer riba atau atas taraf socio-ekonomi keluarnya.
Walaupun nak bagi “nasihat”, haruslah ada sifat kemanusiaan untuk mendidik dan memastikan seseorang mahasiswa tersebut dapat merealisasikan potensinya dan akhirnya membawa bakti kepada negara kita.
Oleh itu, kami berpendapat bahawa isu ini tidak haruslah dipandang remeh dan pihak UiTM dan university haruslah pastikan bahawa ahli akademik tersebut dikenakan tindakan sewajarnya termasuk digantung sementara siasatan dijalankan.
Namun, perkara pokok juga haruslah ditangani oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan iaitu isu mahasiswa yang tidak mampu memiliki laptop atau alat peranti yang boleh dikira sebagai satu keperluan asas di peringkat universiti
Kerajaan seharusnya ada polisi yang holistik untuk memastikan setiap mahasiswa di Malaysia yang tidak mampu terutamanya dari golongan B40 untuk mendapatkan sebuah laptop atau alat peranti yang diperlukan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan berbanding dengan mahasiswa-mahasiswa lain yang mungkin mampu memiliki komputer riba tersendiri
Kerajaan haruslah memperluaskan inisiatif “PerantiSiswa” yang dilancarkan pada Belanjawan 2022 untuk memastikan setiap mahasiswa dan pelajar B40 mendapat sebuah laptop yang merupakan saya keperluan penting terutamanya di institusi pengajian tinggi. Kita juga mendesak agar kerajaan mempercepatkan pengedaran laptop tersebut supaya mereka yang memerlukannya akan mendapatnya secepat mungkin dan tidak ketinggalan dalam jurusan mereka.
Kerajaan juga boleh menyediakan perkhidmatan pinjaman tanpa faedah untuk mahasiswa yang lain untuk memperoleh laptop tersebut yang hanya perlu dibayar selepas mereka menghabiskan jurusan mereka dan mendapat kerja.
Oleh itu, kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pensyarah UiTM tersebut, namun isu pokok haruslah ditangani secara holistic oleh pihak kerajaan iaitu untuk memastikan setiap mahasiswa dan pelajar universitu mampu memiliki laptop atau computer riba sendiri untuk memastikan pembelajaran lancar untuk semua pelajar di IPT.
Kelvin Yii Lee Wuen
Ketua DAPSY Kebangsaan
Ahli Parlimen Bandar Kuching