Rakyat Lapar Akibat PKP Tetapi Kerajaan BN-PN Membazir RM38.5 Juta Untuk Mengubahsuai Kediaman Rasmi PM di Seri Perdana

708

Kenyataan Media Daripada Abdul Aziz:

RM38.5 juta digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana?

Pada 1 Jun 2021, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita bertajuk “800,000 penjawat awam sumbang RM30 juta bantu tangani krisis Covid-19” https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/solidariti-penjawat-awam-menyumbang-akaun-amanah-bencana/

Pada 28 September 2021, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bertajuk “RM30 mil Sdri Perdana renovations for safety, to uphold nation’s image to foreign VIPs” https://www.thevibes.com/articles/news/42866/rm30-mil-seri-perdana-renovations-for-safety-to-uphold-nations-image-to-foreign-dignitaries

Namun, setelah diasak bertubi-tubi oleh rakyat, akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kos keseluruhan mengubahsuai kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana bukanlah RM30 juta seperti yang digembar-gemburkan. Sebaliknya, jumlahnya adalah RM38.5 juta! (https://www.malaysiakini.com/news/593338)

Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) melaporkan bahawa terdapat ramai pesakit bukan Covid-19 yang kritikal terpaksa menunggu untuk mendapatkan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital memandangkan hospital kini sesak dengan pesakit Covid-19 (https://m.malaysiakini.com/news/581744). Sehinggakan terdapat pesakit yang terpaksa dirawat di atas lantai disebabkan oleh lonjakan kes Covid-19 (https://m.malaysiakini.com/news/581599)

Dikala negara sedang berdepan dengan masalah kelurangan katil di hospital milik kerajaan, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan di Dewan Rakyat bila mana kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hasil cukai rakyat untuk mengubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Jika benar cukai rakyat berjumlah digunakan untuk mengubahsuai Seri Perdana bagi menjaga imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri, persoalannya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”), setakat hari ini, berapa ramai jumlah tetamu utama negara yang mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri di Seri Perdana?

Jika benar sekalipun alasan yang digunakan sebagai menyambut tetamu utama negara, persoalannya, bukankah jemputan tersebut boleh diadakan bertempat di pejabat rasmi Perdana Menteri di Perdana Putra? Apalah gunanya kerajaan Malaysia menggunakan hasil cukai rakyat untuk membina Perdana Putra jika akhirnya menyambut tetamu utama negara di Seri Perdana?

Bukankah sepanjang tempoh PKP, tidak ada sebarang sambutan rasmi seperti majlis keramaian ataupun majlis makan malam diadakan di Seri Perdana? Bukankah semua pemimpin dunia hanya menyambut ketibaan tetamu utama negara di pejabat rasmi presiden dan perdana menteri? Justeru, dimanakah terletaknya logik untuk menggunakan hasil cukai rakyat sebanyak RM38.5 juta untuk mengubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana?

Wajarkah hasil cukai rakyat berjumlah RM38.5 juta digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dikala negara masih berperang dengan wabak jangkitan Covid-19? Sedangkan, jika hasil cukai rakyat ini digunakan dengan sebaik mungkin, RM38.5 juta ini boleh digunakan untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 385,000 isi rumah, membeli komputer riba (RM3,500) kepada 11,000 pelajar, membantu membina dan membaiki rumah kepada 385 mangsa banjir di Sabah dan sebagainya.

Apa pendapat rakyat berhubung dengan isu ini?

Abdul Aziz Isa
Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen
Pengerusi DAP Batu Kitang
Ketua DAPSY Stampin