Syarat 51% Pegangan Ekuiti Bumiputra Dalam Syarikat Penghantaran Menguntungkan Elit Bumiputera Dalam UMNO, PAS, Bersatu dan PBB

609

Kenyataan Media Daripada Abdul Aziz:

1.Tahukah anda bahawa perlaksanaan syarat 51% pegangan ekuiti Bumiputera dalam syarikat penghantaran hanya menguntungkan Bumiputera elit?

Hal ini kerana dasar tersebut hanya menguntungkan golongan Bumiputera elit tetapi tidak memberi sebarang keuntungan kepada golongan Bumiputera marhaen. Hanya golongan Bumiputera elit sahaja yang mempunyai modal yang besar untuk membeli 51% pegangan ekuiti dalam syarikat penghantaran. Kerajaan Barisan Nasional (“BN”) dan Perikatan Nasional (“PN”) berselindung disebalik retorik “Agenda Bumiputera” untuk menghalalkan tujuan mereka namun pada hakikatnya, ianya merupakan “Agenda Kroni” yang hanya memperkayakan diri mereka.

2.Tahukah anda Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera sebanyak 30%?

Pada asalnya, tujuan DEB ini diperkenalkan dengan matlamat untuk membantu golongan Bumiputera mendapatkan 30% pegangan ekuiti dalam pasaran ekonomi negara. Walau bagaimanapun, DEB ini gagal mencapai matlamat tersebut disebabkan oleh kronisma, nepotisma dan rasuh. Retorik yang didendangkan untuk membantu golongan Bumiputera sebenarnya bertujuan untuk mengaburi mata. Pada hakikatnya, hanya segelintir golongan Bumiputera iaitu Bumiputera elit yang mendapat keuntungan hasil daripada perlaksanaan DEB ini.

3.Tahukah anda bahawa ‘Agenda Bumiputera’ ini hanya menguntungkan sesetengah kaum dalam Bumiputera?

Bumiputera merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat Melayu dan Pribumi (Sabah dan Sarawak). Hakikatnya, sepanjang tempoh perlaksanaan DEB, kita dapat saksikan bagaimana Agenda Bumiputera ini hanya memberi keuntungan Melayu elit terutamanya di Semenanjung Malaysia dan kebanyakkan masyarakat Pribumi di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Apo Kayan, Apo Duat, Penan, KadazanDusunMurut, Iranun , Bajau, Suluk dan Orang Sungai sebenarnya tidak begitu merasakan keuntungan dalam Agenda Bumiputera ini. Malah, majoriti masyarakat Pribumi tersisih seperti masyarakat Cina dan India yang lain.

4.Tahukah anda bahawa perlaksanaan syarat 51% pegangan ekuiti Bumiputera dalam syarikat penghantaran bertentangan dengan ajaran agama Islam?

Hal ini kerana Islam mengajak umatnya untuk menegakkan keadilan dan kebajikan sesama umat. Jika Bumiputera Islam memaksa orang bukan Bumiputera untuk menjual pegangan saham mereka, bukankah ini merupakan satu penindasan? Jika Bumiputera Islam mendapat keuntungan hasil daripada usaha titik peluh orang bukan Bumiputera, bukankah hukumnya haram mengambil rezeki melalui kaedah ‘goyang kaki’? Jelas sekali syarat tersebut sangat bertentangan dengan agama Islam kerana agama Islam tidak mengajar umatnya untuk menindas dan meramps hak orang bukan Islam.

5.Tahukah anda bahawa perlaksanaan syarat 51% pegangan ekuiti Bumiputera dalam syarikat penghantaran bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016?

Perlaksanaan syarat 51% pegangan ekuiti Bumiputera merupakan satu arahan eksekutir yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri. Manakala Agenda Bumiputera pula merupakan satu dasar yang dilksanakan oleh Kabinet Malaysia. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak dibentangkan di badan legislator itu Parlimen. Justeru, jika sesebuah dasar yang diperkenalkan bertentangan dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Parlimen, badan kehakiman iaitu mahkamah boleh mengisytiharkan dasar tersebut batal dan tidak boleh digunapakai.

6.Bukankah terdapat banyak badan berkanun kerajaan dan syarakit milik kerajaan telah ditubuhkan untuk membantu golongan Bumiputera?

Di bawah kerajaan Persekutuan, terdapat banyak badan berkanun kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (“MARA”), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (“TERAJU”), Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Perlancaran Bumiputera, dan Ekuinas Nasional Berhad (“EKUINAS”). Dengan lambakan badan berkanun kerajaan ini, kenapa masih perlu melaksanakan syarat 51% pegangan ekuiti Bumiputera dalam syarikat penghantaran? Tidak cukupkah dengan lambakan badan berkanun kerajaan ini meningkatkan 30% pegangan ekuiti Bumiputera di Malaysia?

Perlaksanaan syarat 51% pegangan ekuiti Bumiputera ini membuktikan bahawa lambakan badan berkanun kerajaan yang ada sekarang gagal membantu meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera di negara ini.