Alan dan Hungry Food Delivery menyumbang 1000 Mask kepada Pusat Mel Miri

223

Media Statement daripada Alan Ling:

Pusat Mel Miri menerima sumbangan 1,000 penutup mulut dan hidung daripada Senator Alan Ling dan Ting Kung Ping daripada Hungry Food Delivery Miri.

Ling yang juga setiausaha Pakatan Harapan Sarawak berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan terhadap kegigihan kakitangan menjalankan tugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Penutup mulut dan hidung tersebut juga sebagai perlindungan diri bagi lebih 70 kakitangan yang mengurus dan menghantar barangan pos kepada penerima di sini.

Sumbangan disampaikan kepada pengurus Jem Kwan.

Hadir sama Ketua Rider Hungry Food Delivery Miri Khairul Hairy, Pembantu Khas Lawrence Low dan Setiausaha Siti Zubaidah.