JAPEN menerima 300 mask sumbangan Senator ALan Ling

663

Media Statement daripada Alan Ling:

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Miri terima sumbangan 300 keping penutup mulut dan hidung daripada Setiausaha Pakatan Harapan Sarawak.

Senator Alan Ling ketika dihubungi semalam berkata, JAPEN sebuah badan penting untuk menyampai maklumat terkini kepada masyarakat mengenai dasar nasional untuk meningkatkan pemahaman orang.

Katanya, kemajuan pesat arus teknologi maklumat, peranan JAPEN lebih berat dan mencabar untuk menyebarkan berita yang sah melalui kandungan digital di media sosial yang tersedia dengan memerlukan inovasi dan kreativiti serta kandungan lebih menarik.

Walaupun pejabat JAPEN tidak beroperasi seperti biasa, namun petugas mereka turun padang mengedar poster dan membuat pengumuman dari daerah ke daerah tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang harus dipatuhi.

“Saya berpeluang dekati JAPEN dalam dua tahun terakhir dan tugas mereka sangat profesional dalam menjalankan tugas sebagai salah satu agensi berita.

“Walaupun kini kita dalam tugas berbeza dan pemerintahan yang berbeza tetapi sangat yakin mereka akan terus bersikap tidak berat sebelah dalam menjalankan tugas yang ditentukan demi kepentingan semua pihak,” jelasnya lagi.

Tambahnya, walaupun beliau tidak berada dalam pemerintahan (kerajaan sekarang), bahawa beliau akan terus menjaga hubungan baik bersama semua pihak JAPEN.

“Sebagai mengeratkan hubungan dan penghargaan terhadap tugas JAPEN, saya sangat gembira telah menyumbangkan 300 keping penutup mulut dan hidung,” jelasnya lagi.

Justeru, nasihat kepada orang ramai agar berwaspada tentang kesahihan berita dan kongsikan berita palsu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.