DAP Miri Menyalur Sumbangan Kepada Klinik Kesihatan Tudan

562

Kenyataan Media Daripada Alan Ling:

DAP Miri memberikan sumbangan sebanyak 300 keping pelitup separuh muka, 220 botol pensanitasi tangan dan lima kotak buah limau mandarin kepada Klinik Kesihatan Tudan pada hari ini.

Sumbangan telah disampaikan ketika sesi penyerahan ringkas di hadapan Klinik Kesihatan Tudan yang disambut mesra oleh Pakar Perubatan Keluarga Dr Maurice Steve Utap.

“Sumbangan ini adalah sebagai langkah awal pencegahan penularan wabak Covid-19 memandangkan berlaku peningkatan kes sejak kebelakangan ini manakala buah limau adalah simbolik kepada sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi,” kata Ling yang juga setiausaha DAP Sarawak.

Ling berkata, tujuan pemberian ini tidak sebagai tanda penghargaan kepada pihak barisan hadapan yang telah memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat lebih-lebih lagi apabila kebanyakan mereka terdedah kepada risiko yang tinggi sehingga ada yang dijangkiti dan sedang menerima rawatan.

“Saya amat menghargai pengorbanan murni pasukan barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi memerangi penularan wabak Covid-19,” jelas Ling.

Ling menasihati agar orang ramai terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan dalam usaha untuk kita bersama-sama memerangi penularan wabak Covid-19 ini.

Hadir bersama ketika lawatan adalah Ketua Pemuda DAPSY Peter Hee, Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo dan Pembantu Khas Lawrence Low.