Petani sayur OKU memerlukan bantuan daripada golongan ramai .

738

Media Statement daripada Alan Ling:

Keperitan yang dialami oleh Chin Phin Kian berusia 61 tahun yang kehilangan kedua-dua belah kaki sejak 17 tahun mendapat perhatian daripada Senator Alan Ling semalam.

Alan Ling ketika dihubungi Utusan Sarawak berkata, Chin Phin Kian merupakan seorang yang rajin walaupun tidak mempunyai kedua-dua belah kaki demi mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

Katanya, Chin Phin Kian berkongsi pengalaman dalam tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bahawa hasil perniagaanya telah merosot dan permintaan jualan turut terjejas.

“Ekoran PKP menghalang pembeli untuk datang kepadanya dan sukar bergerak serta kedai makan banyak tutup menjadikan hasil tani sayur kucai tidak dapat dimajukan jualan.

“Dalam masa sehari, Chin perlu membersihkan sayur kucai sebanyak 100 kilogram (kg) untuk dijual,” katanya.

Semalam, tambahnya lagi, berita mengenai dirinya turut dimuatkan di media sosial, Facebook terdapat seorang peniaga menghubungi dengan menyatakan berminat membantu Chin menjual hasil tani.

“Saya akan membawa perniaga berminat itu untuk mengunjungi Chin di kediamannya yang beralamat Lot 3397, Taman Delight 1B, Taman Perumahan berdekatan Lapangan Terbang Miri.”

“Saya gembira melihat sambutan terhadap video di Facebook yang luar biasa, dengan beberapa ratus perkongsian setakat ini dan ramai yang berminat menghubungi Chin di talian 0111-0833220,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Chin kehilangan kedua-dua belah kaki sejak 17 tahun lalu akibat virus difahamkan beliau tidak pernah putus asa dalam mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Chin yang mempunyai seorang anak masih di bangku sekolah turut berasa terharu dengan bantuan yang dilakukan oleh pasukan Alan Ling.

Beliau turut berterima kasih ke atas bantuan dan sumbangan bekalan makan dan penutup mulut dan hidung.