Sumbangan penutup mulut disampaikan kepada penghantar makanan daripada DAP Miri

610

Press Statement daripada Alan Ling:

Seramai 50 penghantar makanan (food rider) menerima sumbangan penutup mulut dan hidung dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri.

Derma sebanyak 250 helai penutup mulut itu adalah tajaan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan DAP Sarawak Senator Alan Ling.

“Sumbangan ini membantu melindungi food rider yang berisiko terdedah ketika bertugas menghantar makanan kepada pelanggan selain membantu menyediakan bekalan topeng yang berkurangan di pasaran, ” jelasnya.

DAP perlu melakukan pandu lalu selama dua jam di kompleks membeli belah Bintang Megamall dan restoran McDonald di Jalan Bulan Sabit untuk mengagihkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ini kepada food rider.

Di kesempatan itu juga, DAP juga menyampaikan sumbangan air mineral serta 50 bungkus roti tajaan Kelab Lions Miri Host.

Alan berkata sumbangan sebagai menunjukkan penghargaan kepada food rider yang bertungkus lumus menghantar pesanan makanan dari penduduk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Permintaan untuk perkhidmatan food rider meningkat sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dan kini telah dilanjutkan sehingga 28 April, 2020.

Sehubungan itu, food rider dinasihat untuk menjaga keselamatan diri serta menitiberatkan kebersihan ketika bertugas.

“Walaupun kita berdepan sumber penutup yang berkurangan, kita tetap berusaha mendapatkan sumber PPE (Peralatan Perlindungan Diri) khasnya kepada pasukan barisan hadapan termasuk food rider,” jelas Alan.

Beliau menambah, DAP akan cuba mendapat bekalan PPE yang mencukupi agar dapat terus diedarkan kepada petugas barisan hadapan dan penduduk Miri.

Sehingga kini, Alan telah menderma sebanyak 5000 penutup mulut dan hidung selain mengagihkan bantuan makanan dari DAP MIri kepada keluarga miskin dalma tempoh tiga minggu.

Turut hadir menyampaikan sumbangan roti ialah Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo, Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee, Presiden Kelab Lions Miri Host John Ling, Pembantu Khas kepada Alan iaitu Lawrence Low, Pembantu Peribadi Adriana David dan Setiausaha Siti Zubaidah.