Jangan Berkira Dengan Atlit Kita

135

Kenyataan Media Daripada Brolin Bicholsion:

Saya ingin meresponi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dimana beliau berkata member terlalu banyak penghargaan boleh merosakkan masa depan atlit tersebut.

Abdul Karim juga berkata penganugerahan pangkat Datuk kepada Pandela adalah terlalu untuk atlit yang berusia 28 tahun tersebut.

Ini adalah satu kenyataan yang agak tidak sesuai dimana beliau memandang rendah dengan orang berdasarkan faktor usia.

Usia tidak seharusnya menjadi faktor untuk menghargai jasa seseorang tersebut terlebih lagi seseorang yang seperti Pandalela di mana beliau telah berjasa sejak berusia 15tahun lagi.

Abdul Karim sebaliknya harus mempersoal pemberian pangkat dan darjat kepada golongan yang tidak berjasa kepada negara. Banyak mereka yang terima pangkat dan penghargaan tidak seharusnya diberi kepada mereka, adakah Abdul Karim tidak menyedari perkara tersebut?

Terutama di arena politik, banyak ahli politik telah disuap dengan ganjaran yang bermacam-macam demi mengekalkan mereka yang berkuasa dan bukankah kerosakan daripada perbuatan ini lagi parah dari member ganjaran kepada atlit yang mengharumkan nama Negara?

Pandalela sudah cukup dewasa untuk mengetahui apa yang penting dan apa yang menjadi tumpuannya. Ini terbukti, walaupun kejayaan dan perhatian yang diaperoleh sejak dia muda, dia tetap rendah hati dan konsisten dalam kejayaannya.

Sebagai seorang Bidayuh, Pandalela ialah kebanggaan kaum Dayak seperti Sapok Biki dan Watson Nyambek menjadi kebangaan kita sehingga kehari ini.

Oleh itu, daripada menyentuh isu sama ada Pandalela harus diberi anugerah atau pun tidak, beliau harus menjadi suara yang menentang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin politik untuk member gelaran dan pangkat demi mengekalkan mereka yang berkuasa.

Sebagai seorang menteri belia dan sukan di Sarawak, beliau seharusnya bersikap positif dan tidak memberi kata-kata yang boleh melunturkan semangat mereka yang berjuang untuk Negara kita.

5/7/2021

Brolin Nicholsion
Pengerusi DAP Serian
Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen