Pengagihan Yang Lebih Seimbang Bagi 425 Buah Kereta Peronda Baru

642

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Kerajaan persekutuan diminta untuk memberi perhatian yang lebih kepada keperluan Sarawak termasuk mengenai proses pengedaran kereta peronda polis baharu yang lebih seimbang dengan mengira faktor geografi Sarawak.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata beliau begitu gembira apabila rancangan mengenai penyediaan 425 buah kereta peronda polis baharu ke seluruh negara yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kini telah dilaksanakan.

“27 kenderaan yang diperuntukkan kepada Sarawak kali ini sebenarnya masih belum mencukupi kerana kerajaan mesti menilai sepenuhnya faktor geografi dan persekitaran Sarawak.”

“Disamping itu, kawasan pedalaman di Sarawak juga sangat luas, jadi adalah perlu untuk terus memperkuatkan logistik di kawasan ini termasuk diperuntukkan lebih banyak kenderaan tersebut. Sebuah kereta polis sesuai digunakan di pinggir bandar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Difahamkan, selain Honda Civic 1.8, sebanyak 175 buah Proton X70 masih diperingkat pembuktian konsep (POC) bagi memastikan ia sesuai digunakan dalam penugasan polis.

“Polis Sarawak menerima 27 kereta peronda baharu yang dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih.”

“Lima ditempatkan di Kuching, manakala Sibu, Miri dan Padawan masing-masing empat buah. Bintulu, Kota Samarahan, Limbang serta Unit Polis Pelancong juga masing-masing menerima dua buah dan sebuah untuk Sarikei serta Sri Aman,” ujar Chiew.

Chiew turut berkata rakyat Malaysia sangat mementingkan kualiti peralatan yang disediakan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama dari segi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas.

Pada masa yang sama, mereka juga harus menjaga kebebasan dan profesionalisme polis dan ini amat dihargai oleh negara yang mengamalkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang.

Menurut Chiew mengikut rancangan asal, Go Auto telah menerima surat permohonan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan 425 unit MPV (Kereta Peronda Polis) kepada PDRM.

Ianya bertujuan bagi menggantikan secara berperingkat-peringkat Proton Wira dan Waja yang sudah berusia, selain setiap unit MPV akan dipakejkan bersama servis percuma selama lima tahun.

Bagaimanapun, pilihan model kereta berubah kemudiannya dipercayai bahawa Honda Civic hari ini memberikan prestasi tahap tinggi untuk peralatan pasukan polis kita yang lebih baik untuk memastikan bahawa mereka melaksanakan tugas dalam keadaan baik.

Chiew menekankan bahawa tujuan jelas PH semasa tempoh pemerintahannya adalah untuk menyediakan pasukan polis kita dengan peralatan yang sangat baik dan canggih, pada masa yang sama dengan disiplin yang ketat, terus menggerakkan polis menuju sebagai pasukan keselamatan domestik berkelas dunia.