Banyak Penjaja Yang Masih Menunggu BKSS, Kerajaan Sarawak Diminta Menyelesaikan Masalah Secepat Mungkin

765

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Kerajaan negeri Sarawak diminta untuk menyelesaikan secepat mungkin isu ramai pemilik kedai kopi dan penjaja yang masih menunggu Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 berjumlah RM2,250 bagi meringankan beban mereka.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata ramai penerima bantuan yang ditentukan dalam pakej bantuan berjumlah RM300 juta ini telah menunggu selama beberapa bulan dengan ada yang menerima makluman menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS), ada yang tidak menerima berita sama sekali, malah ada yang yang hanya menerima separuh apabila pembayarannya dihentikan sejak Julai.

“Masih ramai penjaja belum menerima bantuan tersebut, adakah kerajaan Sarawak tidak ikhlas (dalam memberi bantuan ini)? Rakyat berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan dengan jelas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew menunjukkan bahawa pada akhir bulan lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan bahawa kerajaan Sarawak akan menubuhkan pasukan petugas (taskforce) untuk melakukan saringan permohonan bantuan bagi menghindari permohonan dua kali.

Kata Chiew sekiranya kerajaan cekap, ia harus terlebih dahulu meramalkan dan memiliki langkah-langkah bagi menangani masalah ini dan bukannya membuat pengumuman tergesa-gesa sebaliknya berakhir dengan perlaksanaan yang kurang sistematik.

“Kerajaan Sarawak juga mengeluarkan janji pada bulan Mei lalu terutama kepada penjaja dan perniaga kecil yang banyak terjejas akibat wabak COVID-19 ini. Oleh itu, kerajaan mengumumkan akan mengagihkan dua kali bantuan sebanyak RM750 melalui platform SarawakPay pada bulan Mei dan Julai.”

“Kerajaan kemudian mengagihkan tambahan sebanyak RM750 kepada penjaja dan peniaga kecil dengan jumlah keseluruhan bantuan RM2,250,” ujarnya.

Chiew menjelaskan bahawa masalah seperti ini telah mempengaruhi dan menganggu perancangan ekonomi asal pihak berkenaan lebih-lebih lagi mereka belum diberitahu cara mendapatkannya menunjukkan sikap kerajaan yang cuai.

“Pemimpin parti kami telah berulang kali melaporkan keadaan yang dihadapi di seluruh negara terutamanya pengusaha pasar malam Bintulu dan mereka diberitahu bahawa bahkan orang yang tinggal di kawasan bandar mesti berbaris di luar bank pada awal pagi, tetapi wang itu mungkin tidak diterima. Ini jelas menunjukkan kelalaian pihak yang menguruskannya,” katanya.

Beliau mengatakan bahawa sejak bantuan itu dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sarawak, tempat-tempat lain yang lebih luas seperti Pusat Khidmat Rakyat dapat dipilih untuk mengagihkan bantuan tersebut dan bukannya meminta mereka untuk bersesak-sesak menunggu di luar bank dengan terpaksa menahan pancaran sinar matahari dan hujan.

“Kelewatan dalam mengagihkan bantuan tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan Sarawak memiliki ramai sumber manusia. Situasi sekarang nampaknya kerajaan tidak memahami kegelisahan dan tidak berdaya rakyat, malah tidak pasti mengenai keperluan rakyat dan kesukaran ekonomi semasa pandemik ini,” jelasnya.

Menurut Chiew, dalam enam bulan kebelakangan ini, penularan wabak ini memberi kesan yang besar dalam pelbagai bidang tidak terkecuali sektor perniagaan yang jelas mengalami kemerosotan. Katanya ramai orang masih berjuang untuk meneruskan hidup, oleh itu, pengagihan bantuan kewangan dari kerajaan begitu penting bagi mereka.

Chiew menekankan bahawa Abang Johari sebagai Ketua Menteri memiliki tanggungjawab dan kewajiban untuk memastikan bantuan tersebut tidak tercicir bagi rakyat Sarawak yang layak. Seperti yang dijanjikan dalam pakej bantuan khas yang dilaksanakan, bantuan ini akan sangat membantu bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga dan penjaja sekarang.