PH tidak akan mengembalikan GST – Brolin

484

Kenyataan media oleh Brolin Nicholsion:

Berkenaan dengan kenyataan media Timbalan Pesuruhjaya PAS II PAS Sarawak di Suara Sarawak mengatakan bahawa Pakatan Harapan mengembalikan cukai GST adalah tidak benar sama sekali.

Ini keran YAB Perdana Menteri sendiri sudah member keterangan didalam Dewan Rakyat bahawa GST tidak akan dikembalikan tetapi akan menambah baik SST.

Menurut YAB Perdana Menteri, kerap menukar system percukaian akan menyebabkan kurang nya keyakinan pelabur-pelabur luar untuk melabur di Malaysia sekaligus menyebabkan ekonomi Negara semakin teruk. PAS Sarawak hanya mau mengelirukan rakyat dan memutar – belitkan fakta dan disarankan untuk membaca surat khabar setiap hari.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan negeri Sarawak untuk menyimpan lebih banyak simpanan di masa hadapan, taukah beliau jikalau kita memliki kerajaan yang adil, telus dan memlihara rakyat, kita akan menpunyai banyak simpanan untuk masa hadapan. Tetapi lain ceritanya di Sarawak, dimana pemimpin – pemimpin yang memliki rumah mewah dan kereta mewah setelah hampir 60 tahun berkuasa malah ada parti politik dari GPS yang terpalit dengan dana 1MDB dan diarah membayar kompaun malah ada yang dibekukan akaun parti.

Adakah PAS Sarawak betul-betul berjuang untuk rakyat Sarawak atau hanya sandiwara politik sehingga sanggup bersekongkol dengan parti menekan rakyat, menindas rakyat?

Brolin Nicholsion
Special Officer for YB Wong King Wei
DAP Serian Youth Chief