YB Mordi Bimol menyerah Insentif Pendidikan kepada 46 pelajar dari Kawasan Mas Gading

1137

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Mas Gading YB Mordi Bimol:

Seramai 46 orang anak-anak Mas Gading sekitar Bau telah menerima Insentif Pendidikan daripada Mordi Bimol di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading. Masing-masing menerima RM300 untuk peringkat Diploma dan RM500 untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi 41 orang anak-anak Mas Gading sekitar Lundu dan Sematan, penyaluran insentif tersebut akan disalurkan pada minggu hadapan di Lundu.

Tujuan penyaluran insentif tersebut adalah sebagai hadiah galakan untuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi, tanpa mengira latar belakang pendapatan ibu bapa mereka. Insentif Pendidikan 2019 ini khas untuk pelajar-pelajar yang mendaftar pengajian pada tahun ini sahaja. Insentif Pendidikan yang sama turu tdisalurkan pada 2018 walau pun tidak ramai yang tahu dan memohon.

Bagi pendaftaran pengajian 2019 yang masih belum menerima insentif tersebut, mereka boleh berhubung terus dengan pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading.

Dalam majlis ringkas tersebut, Mordi turut berpesan kepada penerima agar jangan lupa menyumbang balik kepada masyarakat terutama di kampung bila sudah berjaya nanti. “Banyak benda atau pengetahuan yang boleh dikongsi dan dilakukan dengan masyakat kita di kampung, walaupun diri kita tidak berada di kampung setiap masa.”

Mordi juga berkongsi tentang Program Internship Anak Mas Gading di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading. Program itu terbuka kepada anak-anak Mas Gading khususnya bagi mereka yang sudah tamat pengajian. Program tersebut terhad kepada tiga orang peserta sahaja dalam sesuatu masa. Mereka akan diberi peluang selama enam bulan untuk berkhidmat bersama Ahli Parlimen Mas Gading.

Program Internship Anak Mas Gading ini bertujuan bag imemberi pendedahan tentang peranan Pusat Khidmat serta memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang balik kepada komuniti atau masyarakat di Mas Gading bersama Ahli Parlimen mereka.Selainitu, mereka juga berpeluang memahami selok belok pengurusan dana peruntukan Ahli Parlimen sebagai tanda tranparensi. Dan yang paling penting adalah mereka tahu dan boleh berkongsi dengan masyarakat bagaimana untuk menggunakan khidmat Ahli Parlimen untuk kawasan atau kampung mereka.

Mordi Bimol
Ahli Parlimen Mas Gading