Pembahasan belanjawan 2020 oleh YB Kelvin Yii dalam persidangan parlimen

663

Pembahasan belanjawan 2020 oleh YB Kelvin Yii dalam persidangan parlimen:

Terima kasih, Tuan Yang Dipertua kerana diberikan peluang untuk berbahas untuk belanjawan 2020 ini.

Saya menyambut baik arah tuju yang ingin dicapai oleh belanjawan ini terutamanya untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan juga wanita dan juga membina satu ecosystem untuk perkembangan ekonomi digital termasuk 5G di negara kita dalam persediaan untuk menghadapi Industri 4.0.

Saya juga menyambut baik pelan hala tuju tiga tahun kerajaan persekutuan untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan fiskal dan memulihkan kesihatan ekonomi negara meskipun ketidakpastian yang ditimbulkan oleh perang perdagangan AS-China yang telah mengorientasikan rantaian bekalan global secara kekal.

Datuk Yang dipertua,

Satu belanjawan yang baik bukan sahaja bergantung kepada jumlah peruntukan yang ada, tetapi bagaimana dan mana ia diagihkan dan juga implementasi belanjawan tersebut.Disebabkan masa yang sangat singkat, saya ingin menfokuskan perbahasan saya kepada beberapa perkara sahaja terutamanya dalam bidang kesihatan.

Saya memang menyambut baik peruntukan yang terbesar dalam sejarah kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM 30,602,080,900. Ini adalah satu peningkatan sebanyak RM1.9 billion atau 6.6% daripada RM28.7 billion pada tahun lepas.

Antaranya, peruntukan untuk “mental health” juga telah dipertingkatkan sebanyak RM 9,432,500. Saya memang menyambut baik peningkatan ini kerana ini satu isu yang sangat serius yang harus kita tangani kerana mengikut statistis yang ada, setiap 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah kesejahteraan mental terutamanya golongan muda yang semakin meningkat.

Ia juga dianggarkan bahawa dalam tahun 2030, masalah kesejahteraan mental ini akan menjadi punca utama kemerosotan produktivi rakyat kita di tempat kerja di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini, banyak rakyat Malaysia dan seluruh dunia telah menonton dan menikmati filem “The Joker” yang telah memberikan gambaran tentang penyakit mental dan “downward spiral” atau kesannya jika isu ini tidak ditangani dan dirawat dengan betul.

Oleh, itu saya ingin bertanya bagaimana peruntukan ini akan dilakukan untuk “reform”mental health services di Malaysia dan adakah Kementerian akan memberikan satu pendekatan yang lebih komprehensif untuk mental health dalam MOH Strategic Plan 2021-2025?

Ini memang satu isu yang sangat penting, kerana ia semakin banyak melibatkan golongan muda, generasi masa hadapan kita semua. Contohnya, kes di Kawasan Kuching seorang perempuan 16 tahun telah memaparkan di Instagram sama ada untuk mati atau tidak. Sadly, perempuan tersebut telah mengambil nyawanya sendiri. Sejak kes tersebut, terdapat satu kluster kes bunuh diri yang berlaku di Sarawak dan seluruh negara. Bulan lalu,, seorang pelajar UPSR 12 tahun, juga telah membunuh diri.

Pada tahun 2017, kerajaan telah membuat satu tinjauan kesihatan awam di antara sekolah-sekolah menengah di seluruh negara dan hasil daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa 2 daripada 5 remaja di Malaysia yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun mengalami masalah keresahan, manakala 1 daripada 5 remaja mengalami kemurungan. Sekurang-kurangnya satu per lima daripada responden kerap mengalami pelbagai masalah emosi seperti rasa ingin berputus asa, kehilangan nilai hidup, penghinaan diri, dan keresahan terhadap situasi.

Sementara itu, satu per tiga yang mengalami keresahan emosi juga merasakan satu perhubungan yang renggang dengan ibu-bapa atau penjaga mereka. Sejumlah 36.8% setuju dengan kenyataan bahawa ibu-bapa atau penjaga mereka “tidak pernah memahami masalah atau kerisauan mereka” dan “tidak mengambil tahu apakah yang dilakukan pada waktu lapang mereka” selama 30 hari yang lalu.

Jika kita lihat di sekeliling kita, rasa kesepian di kalangan generasi muda bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jumlah masa yang amat lama di mana mereka menggunakan gajet-gajet seperti telefon bimbit dan iPad untuk melayari media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk berkomunikasi sesama lain.

Pada masa kini, golongan belia lebih menghabiskan masa berbual dengan rakan-rakan di media sosial berbanding berbual bersemuka. Tidak dinafikan bahawa kaedah tersebut lebih pantas, akan tetapi ianya mengorbankan kapasiti untuk menjalin hubungan yang hanya boleh diperolehi melalui perbualan secara bersemuka.

Oleh itu, dengan perubahan persekitaran dan tekanan yang dilalui oleh anak anak muda kita, kita haruslah ada satu pelan terperinci untuk menangani masalah ini.

Setahu saya, di bawah KKM, dulunya kita ada National Adolescent Health Plan of Action(NAHPOA) 2006-2020, sebuah ‘blueprint’ yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan pemakanan, kesihatan seksual dan reproduktif, tingkah laku berisiko tinggi, kesihatan jasmani dan juga kesihatan mental.

NAHPOA pada dasarnya menghasilkan sebuah rangka kerja yang pada waktu tersebut, diwawasankan sebagai National Adolescent Health Program (Program Kesihatan Remaja Kebangsaan). Pada tahun 2013, dokumen ini disemak semula dan versi yang baru telah diusulkan pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, semenjak itu, hampir tiada usaha yang telah ditunjukkan dalam merealisasikan rancangan tersebut.

Oleh itu, saya meminta agar kerajaan dapat review/semak semula plan tersebut dan memperbahurui jika perlu, satu plan yang lebih terperinci untukmenangani isu yang sangat penting ini.

Selain itu, saya juga meminta agar Kementerian update semula National Suicide Registry yang dikatakan telah defunct sejak 2009. Saya rasa untuk benar benar menangani masalah ini, kita haruslah ada data yang secukupnya.

Dengan kekurangan data tentang isu ini, banyak lagi pelan yang harus dijalankan tidak dapat dijalankan.Contohnya, liputan insurans persendirian untuk mental health. Negara-negara yang mempunyai liputan insurans persendirian yang merangkumi rawatan kesihatan mental seperti Amerika Syarikat lebih cenderung untuk mendapat sokongan atau bantuan dalam penyelidikan data kesihatan mental tempatan.

Sebaliknya, di Malaysia untuk mendapatkan data tersebut kita terlalu banyak proses birokrasi.

Oleh itu saya berharap, data-data yang berkaitan dapat dikumpul secara lebih telus, consolidated dalam satu pangkalan data dan jika boleh, peruntukan diberikan untuk lebih membuat lebih penyelidikan saintifik berkaitan kesihatan mental di Malaysia.

Kekurangan data berkenaan dengan kesihatan mental menjelaskan mengapa kebanyakkan syarikat insurans mempunyai keraguan dalam memperkenalkan dasar yang meliputi kesihatan mental.” Tanpa data yang disokong dengan bukti-bukti yang kukuh tentang kesihatan mental di negara kita, ini akan menyukarkan mereka untuk bertindak memandangkan mereka tidak dapat melakukan pengiraan risiko kesihatan mental, apatah lagi menentukan potensi kadar premium untuk rawatan kesihatan mental.

Langkah pertama yang perlu diambil ialah mengenepikan budaya kementerian-kementerian menyimpan data secara silo terutamanya data berkenaan dengan isu belia. Seharusnya, kementerian-kementerian tersebut mengamalkan perkongsian data dan kerjasama terbuka.

Oleh itu, saya memang menyambut baik usaha kerajaan PH dimana beberapa kementerian telah telah berkumpul bersama untuk membentuk satu “mental Health Committee” untuk membincangkan langkah-langkah yang harus diambil untuk menangani isu ini.

Selain itu saya juga berharap lebih banyak kajian dan penyelidikan harus dijalankan untuk lebih memahami punca-punca utama masalah emosi di kalangan belia. Khususnya, kajian yang lebih mendalam tentang pengasingan sosial sangat diperlukan, dan juga faktor risiko yang menglibatkan pelbagai senario, termasuklah di rumah, sekolah dan di universiti, bagi membangun kaedah campur tangan yang efektif terhadap faktor pencetus tersebut.

Kementerian juga haruslah melihat untuk memberikan dorongan agar lebih clinical psychologist dapat menyertai sector kerajaan(awam) agar secara prinsipnya, kita dapat mengembangkan bantuan mental health dikembangkan atau “decentralised” dari hospital tertiary, ke Klinik-Klinik Kesihatan dan juga komuniti / primary Care dan juga mengkaji keperluan untuk mewujudkan mental health centre di seluruh negara.

Malah, saya juga menggesa agar kerajaan untuk memperuntukkan untuk program atau support system untuk “health givers” kita, tak kira, Doktor pakar,MO, HO jururawat, clinical psychologist, causellors, mana -mana agar mereka juga mendapat sokongan physical dan mental terutamanya dalam persekitaran yang semakin mencabar ini. Kita banyak mendengar yang banyak antara mereka mengalami “burnout”

Laporan WHO telah menganggarkan bahawa setiap 1/5 orang muda atau 1/4 dewasa mengalami “burnout”, malah ia telah diikhtirafkan dan diletakkan ke dalam senarai penyakit yaang telah diikhtiraf. It juga dianggarkan bahawa “global cost of mental illness will grow to $16trillion by 2030,in part owing kto increase in burnout.

Oleh itu, adalah penting kita menjaga kesejahteraan pekerja dan health givers kita. Jika kita menjaga “care givers” kita, mereka secara terusnya akan menjaga pesakit-pesakit kita dan rakyat kita dengan lebih baik dan lebih effektif.

Tuan yang Di Pertua,

Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperuntukan RM 30 juta untuk menangani masalah ‘transboudary haze’ yang kronik dan mempunyai kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita.

Saya juga menyambut baik hasrat Kementerian untuk menggubal satu Akta Transboundary untuk menguatkuasa dan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat tempatan yand terlibat dalam pembakaran terbuka atau pencemaran.

Namun begitu, akta seperti Akta Transboundary di Singapore mempunyai banyak batasan . Mengikut data yang diberikan melalui pantauan satelit, 73, 508 kebakaran terbuka(forest fires) di Indonesia dan Malaysia, hanya 0.38% adalah syarikat RSPO certified

Jadi “big guys” yang semuanya RSPO certified, hanya mengakibatkan of 0.38% daripada jumlah Hotspots yang dikenal pasti. Jadi dengan adanya Akta memang bagus tapi tidak cukup dan menyelesaikan akar masalah tersebut.

Jadi saya nak mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini secare komprehensif dan effektif.

Bagi saya, peruntukan tersebut haruslah digunakan dalam R&D untuk memadamkan api secare effektif dan menangani isu ini.

Tuan Yang Di Pertua,

Saya juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyalurkan RM 60 juta untuk menyediakan vaksinasi pneumococcal untuk semua kanak-kanak. Bagi saya, ini satu game-changer kerana kerajaan telah memperkenalkan satu life-saving and life-changing policy untuk anak-anak kita. Saya juga ingin mendapatkan lebih penjelasan mengenai target yang ingin dicapai, jumlah kanak-kanak yang akan diberikan vaksinasi ini untuk tahun depan.

Streptococcus pneumoniae bacteria, atau juga dikenali sebagai pneumococcus, boleh menyebabkan banyak penyakit serious selain pneumonia. Bacteria tersebut dapat memasuki saluran darah kita dan mengakibatkan bacteremia atau septicaemia, dan jika merebak ke tisu atau fluid berdekataan otak, akan mengakibatkan meningitis.Sehingga sekarang, cuma kanak-kanak yang dari keluarga yang lebih berada dapat mendapatkan vaksinasi ini di klinik swasta

Kos vaksinasi adalah RM300 satu jab, full course perlukan 4 jabs pada 2, 4, 6 dan 14 bulan selepas lahir. Kos sepenuhnya hampir RM 1,200 seorang. Ini tak mengambil kira kos vaksinasi yang lain.

Budget 2020 dikatakan adalah “the end of the struggle for many years by the paediatricians, victims’ parents and activists to have this vaccine made universal to all children regardless of their financial backgrounds.”

Tahniah kerajaan Pakatan Harapan.

Tuan Yang Di Pertua,

Dalam masa setahun dua ini, kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil beberapa langkah-positif untuk mengiktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa pembentangan rang undang-undang yang penting yang amatlah penting termasuk pembentangkan pindaan bagi Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status sebenar Sabah dan Sarawak.

Selain itu, saya juga berterima kasih kepada kerajaan persekutuan keranan telah menigkatkan peruntukan kepada Sabah dan Sarawak sama ada dalam

bentuk belanja pembangunan, mahupun financial grant. Mengikut belanjawan yang ada, Sarawak telah menerima peruntukan belanja pembangunan berjumlah RM 4.47 bilon, kedua terbesar selepas Sabah.

Kerajaan Persekutuan juga telah meningkatkan jumlah geran kewangan yang diagihkan kepada Sarawak sebanyak RM 1.3 bilon, iaitu geran kewangan terbesar berbanding kesemua negeri. Termasuk dalam geran Persekutuan ini adalah Pemberian Khas bawah seksyen 112D Perlembagaan Persekutuan, yang tidak pernah disemak semula dan kekal sejak 1969. Kerajaan terdahulu menetapkan kadar untuk Sarawak pada RM 16 juta setahun.

Dalam kerajaan Pakatan Harapan kita telah mengambil langkah pertama untuk menyemak semula dan menggandakan tersebut kepada RM 32 million pada tahun 2020, dan akan digandakan lagi ke RM 64 juta dalam tempoh 5 tahun. Ini menunjukkan keikhlasan yang ditunjukkan oleh PH untuk membetulkan apa yang salah dan merapatkan jurang pendapatan dan pembangunan di Sarawak.

Saya memang mengalu-alukan semak semula Article 112D ini kerana ini adalah satu “safeguard” yang telah dimasukkan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menjaga hak kami untuk mendapatkan peruntukan istimewa ke Sarawak.

Namun begitu, walaupun dengan peningkatan peruntukan khas tersebut dan peruntukan yang terbesar terutamanya kepada Sabah dan Sarawak, saya memang berpendapat bahawa ada memang ada jurang untuk penambah-baikan(room for improvement) terutamanya jika kita nak betul-betul merapatkan jurang pendapatan dan pembangunan antara wilayah terutamanya di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, saya memohon, agar peningkatan dapat dipertimbangkan lagi terutamanya untuk Artile 112(d) untuk mengambil kira keperluan parah yang ada di wilayah kita dan juga untuk benar-benar mencapai visi “Kemakmuran Bersama 2030”

Kita semua tahu, sejak dahulu pembangunan di Sabah dan Sarawak memang jauh ketinggalan.

Oleh itu, saya faham yang masalah kronik ini tak dapat diselesaikan dalam setahun dua, oleh itu, saya menyambut baik niat kerajaan Pakatan Harapan

sekarang untuk mengambil langkah positive untuk menaikkan peruntukan ke Sabah da Sarawak, namun banyak lagi masih diperlukan.

Salah satu antaranya, saya ingin mencadangkan agar formula perkiraan untuk peruntukan khas Article 112(d) apabila dipersetujui dapat didedahkan secara telus terutamanya untuk mengambil kira keperluan dan luas demografik wilayah Sabah dan Sarawak. Mengikut Klausa 7 Article 112(d), ia memberi kebenaran untuk seorang “independent assessor” untuk membuat rekomendasi jumlah peruntukan khas yang munasabah ini, jika tiada sebarang persetujuan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Selain itu, saya juga menyeru agar rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri berkenaan hak-hak lain yang termaktub dalam MA63 termasuk hak kita terhadap sumber asli kita dapat segerakan dan laporan Special Cabinet Committee MA63 tersebut “made public”.

Mengikut jawapan yang kita perolehi beberapi hari lepas adalah 7 perkara asa telah dipersetujui termasuk tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan, pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas, pelaksanaan kerja raya persekutuan dan negeri, tenaga buruh, kuasa negeri ke atas isu kesihatan, pentadbiran pulau sipadan dan igitan dan isu pertanian dan perhutanan.

Saya berharap Parliamentary Select Committee untuk memantau implementasi laporan MA63 tersebut dapat ditubuhkan secepat mungkin agar apa yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan effektif dan telus supaya ia tidak hanya cantik di atas kertas sahaja.

Saya juga ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar lebih memberikan keutamaan untuk rakyat Sarawak untuk dipertimbangkan untuk jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan Persekutuan di Sarawak. Kalau boleh, promote from within than ini selari dengan perkara 18 dan perjanjian MA63 yang dipersetujui.

Tuan Yang Di Pertua,

Dalam belanjawan ini, RM 50 juta telah disediakan untuk memupuk dan mebina satu ecosystem 5G di seluruh negara. Saya menyambut baik langkah ini kerana sekarang kita semua menuju ke Industri 4.0 dan digitilisation dan kita tidak harus ketinggalan dalam era pembaharuan ini.

Oleh itu, dalam belanjawan ini, walaupun RM 250 juta telah diperuntukkan untuk menyediakan perkhidmatan internet melalui satellite di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, saya menyeru agar satu kajian yang terperinci dilakukan untuk memahami berapakah sebenarnya yang diperlukan terutamanya untuk membina infrastructure yang diperlukan untuk menyediakan talian, connectivity yang diperlukan terutamanya di Kawasan pedalaman . Jika lebih diperlukan, saya menyeru agar lebih boleh diperuntukkan.

Saya difahamkan satu National 5g Taskforce yang telah ditubuhkan adalah dalam fasa terakhir untuk menyiapkan laporan implementasi 5G sebelum diserahkan untuk keputusan Kabinet. Saya juga menyambut baik usaha National Fiberasation and Connectivity Plan(NFCP) untuk menyediakan connectivity kepada Kawasan pedalaman dan menyediakan infrastruktur yang ada. Ini sangat penting supaya mereka terutamanya di Kawasan pedalaman juga tidak ketinggalan dalam era pembaharuan ini.

Jika ini tak dilakukan, saya bimbang dengan perkembangan 5G ini, mereka terutamanya di Kawasan pedalaman akan ketinggalan dalam era pembaharuan ini. Kerana industry 5.0 ini, jika infrastructur tidak dibangunkan dengan sekata, yang lebih mendapat manfaat daripada pembangunan dan digitilisation ini adalah mereka yang tinggal di bandar.

Dan risikonya adalah, ini akan menambah kepada jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Kita dah melihat parahnya ketidaksamarataan ini seperti di Sarawak dan saya bimbang jika tak ditangani dengan betul, ia akan memburukkan isu lagi.

Oleh itu, wawasan dan Visi Kemakmuran Bersama 2030 memang secara prinsipnya haruslah disokong, namun banyak lagi perlu dilakukan untuk benar-benar mencapai target yang telah dikenal pasti dan kami faham, ia tak akan berlaku serta-merta.

Ini sangat penting kerana ini bukan sahaja satu soal pembangunan atau isu socio-economic wilayah kita, tetapi juga isi integrasi nasional kerana semakin hari semakin banyak rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak semakin tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima sehingga ada yang menyoalkan kesetian mereka terhadap negara kita.

Saya secara peribadi tidak setuju dengan banyak perkara yang mereka lakukan, namun begitu, ketidak puas hatian segelintir rakyat tersebut itu ada asasnya dan tidak harus “swept under the carpet” sahaja tetapi harus ditangani dengan betul supaya semua rakyat tak kira bangsa, agama mahupun wilayah akan bangga untuk menggelar dri mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tuan Yang Dipertua, sebelum saya berakhir, izinkan saya membawa beberapa kehendak atau wishlist untuk kawasan saya.

(1) Saya berharap peruntukan yang telah dipertingkatkan untuk Kementerian Kerja raya dapat disalurkan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Jalan raya persekutuan di Kawasan sayaseperti di Jalan Tun Abdul Razak. Mengikut data ang diperolehi oleh Highway Planning Unit(HPU)’s Road Traffic Volume 2018(RTVM 2018), purata trafik harian (ADT) adalah hampir 78,506 dan hampir 5% terdiri daripada kenderaan berat.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah “flyover” 2 lorong 2 hala dengan piawai JKR U5 termasuk perlebaran jalan sepanjang 2.0 km (secara anggaran) dan masukkan pelan tersebut ke dalam pelan RMK 12. Anggaran kos mengikut engagement yang telah kami lakukan bersama JKR adalah antara RM 90-120 juta. Saya faham ini adalah tinggi, namun begitu, outcome daripada projek tersebut sekiranya permohonan projek dluluskan adalah tinggi.

Adalah bahawa pengurangan tahap kesesakan dijangkakan hampir 70%, peningkatan keselamatan, hampir 50%, penjimatan masa perjalanan 50%, peningkatan keselesaan: 70%, dan juga peningkatan aktiviti ekonomi adalah 50%. Oleh itu saya sangat berharap, permintaan ini dapat dipertimbangkan untuk mengatasi masalah kesesakan yang kronik ini.

(2) Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan meneruskan perlaksanaan Stage Bus Services Transformation (SBST) di Kuching yang meningkatkatkan connectivity dan kualiti pengangkutan awam di Kuching untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk.

Saya difahamkan bahawa perjanjian telah pertamanya ditandatangani pada 22 Nov 2017 dan jumlah keseluruhan yang dibayar berdasarkan kontrak tersebut adalah tidak lebih daripada RM 240,908,615.40, namun pada tahun 2018, kerajaan negeri Sarawak telah mengemukakan cadangan untuk menggunakan bas elektrik sepenuhnya dan kadar pemberian geran tersebut masih dalam peringkat pertimbangan.

Bagi saya, saya menyokong cadangan ini dan telah beberapa kali mencadangkan penggunaan bas elektrik di Sarawak kerana sumber hydroelektrik yang banyak di Sarawak dengan adanya empangan-empangan mega seperti Bakun.

Walaupun kos awal bas elektrik adalah lebih tinggi daripada kos bas diesel biasa, tetapi ia adalah lebih “cost efficient” dalam jangka masa yang lama dan juga membawa lebih kebaikan kepada alam sekitar(lower carbon emission)

Saya berharap satu persetujuan atau kerjasama dapat dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan initiative ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Sarawak.

(3) Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang keputusan Pihak Kementerian untuk memberikan pertimbangan rebate kepada pembeli-pembeli awal PR1MA di seluruh negara, bukan sahaja di kawasan saya.

Pada awal tahun ini, Perbadanan PR1MA Malaysia’s (PR1MA) Home Ownership Campaign (HOC) dan juga developer yang memberikan rebate sehingga 30% telah ditawarkan untuk unit PR1MA yang sedia ada

Diskaun 30% tersebut, ada yang boleh mencecah RM 90-100 ribu. Saya menyambut baik apa-apa inisiatif untuk menurunkan harga rumah TETAPI saya berharap bahawa diskaun ini dapat juga diberikan kepada pembeli-pembeli awal PR1MA di seluruh negara, bukan sahaja di Sarawak.

Mereka telah membeli unit-unit PR1MA tanpa sebarang diskaun, atau rebate, semasa projek tersebut dilancarkan hampir 2-3 tahun dahulu. Oleh itu saya berpendapat bahawa rebate ini juga haruslah diberikan kepada mereka supaya adalah adil untuk mereka.

Walaupun saya memahami Batasan dan kekangan yang ada dan masalah ini adalah satu inherited issue, namun saya menyeru dan berharap, Kementerian dapat mempertimbangkan dan memberi insentif, rebate atau diskaun yang sewajarnya untuk mereka yang telah melakukan booking atau bayaran awal untuk berlaku lebih adil kepada mereka.

Dengan itu, Tuan yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berbahas dan membawa suara Bandar Kuching ke Dewan yang Mulia ini.

Sekian Terima Kasih.

Kelvin Yii Lee Wuen
Ahli Parlimen Bandar Kuching