Ketelusan Pentadbiran Senjata Kerajaan PH

593

Kenyataan Media oleh Larry Asap:

Merujuk kepada kenyataan pimpinan Gabungan Parti Sarawak yang menuduh MPKKP sebagai senjata Pakatan Harapan dalam berdepan dengan pilihan raya negeri yang akan datang adalah tidak benar sama sekali.

Sedutan ucapan video Lim Guan Eng semasa Konvensyen Tahunan DAP Sarawak sama sekali tidak merujuk MPKKP sebagai senjata Pakatan Harapan dalam berdepan dengan GPS pada pilihanraya negeri yang akan datang.

Pentadbiran yang telus dan reformasi intergriti pemerintahan adalah senjata Pakatan Harapan dalam berdepan dengan Gabungan Parti Sarawak pada PRN 2021. Kerajaan Pakatan Harapan telah menetapkan di dalam Manifesto PH bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan bagi mengelakan “conflict of interest” dan perkara ini telah dilaksanakan. Adakah Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Abang Johari sanggup menerima cabaran supaya melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh beliau tatkala menjadi Ketua Menteri pada saat ini? Kita cabar Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Parti Gabungan Sarawak untuk melakukan reformasi ini di peringkat kerajaan negeri Sarawak.

Kerajaan Pakatan Harapan turut melantik Ahli Parlimen pembangkang mengetuai “Public Account Committe” yang diberi kuasa luas dalam melakukan proses semak imbang ke atas setiap kementerian Kerajaan Pakatan Harapan. Adakah GPS sanggup melantik pembangkang di Sarawak sebagai pengerusi “Public Account Committe” di peringkat negeri?

Ketelusan pentadbiran dan reformasi intergriti pemerintahan merupakan senjata utama Pakatan Harapan nanti di dalam berdepan dengan Gabungan Parti Sarawak. Tuntutan ketelusan pentadbiran dan reformasi intergriti pemerintahan bukan hanya tuntutan Pakatan Harapan keatas GPS tetapi ianya adalah tuntutan rakyat Sarawak ke atas kerajaan negeri Sarawak.

Larry Asap
Naib Pengerusi Pemuda Sosialis DAP Sarawak