Kenyataan Datuk Willie Mongin Tidak Berasas

644

Kenyataan Media Daripada Brolin Nicholsion :

Kenyataan Datuk Willie Mongin yang beranggapan bahawa dengan kemasukan Larry Sng menjadi ahli parlimen mesra Perikatan Nasional memberi manfaat kepada rakyat di konstituensi adalah tidak berasas.

Ini kerana, adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan negeri membangunkan kawasan yang masih ketinggalan dari arus permodenan itu tanggungjawab kerajaan yang mentadbir sesebuah negara.

Adalah tidak berasas kerajaan memilih bulu untuk memberi peruntukan hanya kepada mereka yang menyokong kerajaan sedia ada kerana ada juga rakyat yang di kawasan pembangkang menyokong mereka.

Oleh kerana kerajaan sebiginilah susah untuk negara yang mempunyai begitu banyak sumber gagal untuk membangun negara-nya sendiri keran bersikap pilih kasih terhadap sesiapa yang menentang mereka.

Datuk Willie Mongin sebagai seorang timbalan menteri seharusnya peka terhadap kawasan yang ketinggalan dari segi pembangunan dan menasihati kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut supaya kawasan tersebut tidak ketinggalan dari bandar lain.

Saya menyeru agar kerajaan berhenti bermain pilih kasih terhadap kawasan yang masih tiada pembangunan seperti di bandar-bandar lain.

Hanya dengan cara begini, kerajaan betul-betul dapat membangunkan negara agar negara dapat mencapai visi dan misi mereka. Bukankah wawasan kemakmuran bersama menyasarkan tiada satu pun rakyat akan ketinggalan?

Berhentilah melayan rakyat di kawasan pembangkang sebagai rakyat kelas kedua kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia dan Datuk Willie Mongin juga harus tidak mengalakkan wakil rakyat untuk lompat parti kerana tindakan ini boleh mengugat sistem demokrasi berparlimen.