Pengguna Jalan Raya Merungut Tentang Projek Penambahbaikan Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri

724

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Penambahbaikan jalan pesisir pantai Bintulu-Miri sejauh lebih lima kilometer yang lama belum disiapkan menyebabkan pengguna jalan raya kebanyakannya merungut.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata beliau menerima banyak aduan dari orang ramai mengenai jalan tersebut yang terletak di Jalan Pantai, kira-kira bermula dari 83 kilometer dari Bintulu, selepas Kampung Nyalau.

“Sudah beberapa bulan bahagian jalan menuju ke Miri itu rosak dan pihak berkuasa belum membaiki dan menurapnya sehingga mendatangkan pengalaman memandu yang sangat buruk, walaupun panjangnya lebih lima kilometer, ia telah ditangguhkan selama hampir setengah tahun.

“Hari ini bahagian jalan raya penuh dengan batu dan lumpur serta terdapat lubang berterusan di jalan menyebabkan cermin kereta rosak akibat batu kecil. Di samping itu, papan tanda jalan, reflector dan lampu pada bahagian pembinaan juga kurang seperti tidak memenuhi standard pelaksanaan projek,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew membayangkan walaupun ketika memandu dengan had laju yang ditetapkan, ia sangat berbahaya kerana secara tiba-tiba boleh tergelincir ke bahagian jalan yang rosak dan sekiranya penumpang mengalami sakit fizikal, ia sama sekali tidak selesa dan menyeksakan.

Beliau berkata pembaikan jalan raya bukanlah projek yang besar dan sekiranya kerajaan memberi perhatian penuh, projek itu dapat disiapkan dalam masa beberapa hari.

“Pada masa sama, dalam cuaca panas, debu yang terhasil menyebabkan pandangan menjadi terbatas, pada waktu hujan, jalan berlopak di situ terpaksa dielakkan, dan pemanduan pada waktu malam juga kurang selamat kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.”

“Kerana keadaan jalan pesisir yang buruk, beberapa orang cuba menggunakan jalan Pan Borneo yang lama, tetapi keadaannya jauh lebih teruk lebih-lebih lagi tidak nampak kerja-kerja pembaikan,” ujarnya.

Ini jelas menunjukkan sikap cuai pihak berkenaan dimana walaupun berlaku kehilangan nyawa akibat kemalangan melibatkan pengguna jalan raya, pihak berkenaan tidak mengambil tindakan segera memulihkan jalan tersebut.

“Nak bertanya kepada pihak berwajib adakah ingin bertindak seperti menteri yang mengalami kecederaan selepas berbasikal pada jalan yang rosak? Standard dan tindakan seperti ini sangat buruk dan benar-benar membuat rakyat merasa kecewa dengan kerajaan,” katanya.”

Beliau menegaskan agar projek-projek ini perlu diselesaikan sesuai dengan jadual waktu projek dan kerajaan harus memastikan agensi terlibat melakukan kerja dengan lancar.

Sekiranya menghadapi masalah peruntukan, harus segera disediakan untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menunda pelaksanaan projek sehingga tidak tahu sampai bila.