Aziz Sebagai Pengerusi Buat Kali Kedua Untuk DAP Batu Kitang

990

Kenyataan Media Daripada Abdul Aziz:

Abdul Aziz Isa telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Pengerusi DAP Batu Kitang apabila menang tanpa bertanding buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan (“MAT”) cawangan tersebut.

Pada MAT tersebut, ahli jawatankuasa yang baharu dipilih telah sebulat suara meluluskan resolusi untuk mendesak pihak kerajaan negeri Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Ukur untuk mempercepatkan proses permohonan lebih 300 pemohon dari Kpg Tematu dan Kpg Semeba untuk mendapatkan surat tanah. Hal ini kerana isu pemilikan surat tanah ini telah berlarutan lebih 18 tahun tanpa sebarang penyelesaian.

Selain itu, kerajaan negeri Sarawak melalui Lembaga Air Kuching (“LAK”) didesak untuk menyerahkan dua plot tanah masing-masing di hadapan Masjid Darul Ehsan dan Blok C kepada penduduk Kpg Haji Baki. Hal ini kerana dua plot tanah ini telah menjadi sarang untuk penagih dadah berkumpul. Perkara ini pernah diutarakan namun tidak mendapat sebarang perhatian dari pihak berwajib. Justeru, penduduk Kpg Hj Baki telah berbincang untuk meminta agar LAK dapat menyerahkan dua plot tanah tersebut untuk dibina pusat rekreasi yang merangkumi dewan serbaguna, kawasan riadah dan tempat letak kereta.

Abdul Aziz akan dibantu oleh Jack Murch James yang telah dipilih sebagai Naib Pengerusi yang baharu.

Manakala Mary Joycelyn Dahop dan Jemaini Ibrahim masing-masing berjaya mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha dan Bendahari.

Berikut adalah barisan baharu Jawatankuasa DAP Cawangan Batu Kitang:

Pengerusi: Abdul Aziz Isa
Naib Pengerusi: Jack Murch James
Setiausaha: Mary Joycelyn Dahop
Penolong Setiausaha: Bryney Apit Jawa
Bendahari: Jemaini Ibrahim
Setiausaha Publisiti: Poh Guan Chai
Setiausaha Hal Ehwal Wanita: Anna Dimin Minjap
Ahli Jawatankuasa I: Albert Meol
Ahli Jawatankuasa II: Zakaria Hj Julai

MAT tersebut telah dipengerusikan oleh Lohaves Ansoon sementara Ahli Jawatankuasa Negeri diwakili oleh Julian Tan Kok Ping (bekas Ahli Parlimen Stampin)

07-09-2020
Abdul Aziz Isa
Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen
Pengerusi DAP Batu Kitang