Dakwaan Zawawi Tentang Kitab Injil Tapa Asas Mrerupakan Penghinaan Terhadap Agama Kristian

580

Kenyataan Media Daripada Chiew Chan Yew:

Dakwaan Ahli Parlimen Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kitab Injil di Dewan Rakyat baru-baru ini bukan sahaja tanpa asas yang kukuh malah memburukkan dan penghinaan serius terhadap kepercayaan agama Kristian di negara ini lebih-lebih kebanyakan penganutnya berada di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata kenyataan yang dibuat Nik Muhammad Zawawi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 iaitu untuk melindungi hak kebebasan beragama di Malaysia.

“Dakwaan beliau yang mengatakan kitab Injil ini dipesongkan atau diubah adalah melanggar sempadan sensitiviti agama.”

“Masyarakat Malaysia dan Sarawak terdiri dari orang-orang yang berlainan latar belakang dan kepercayaan agama. Setiap orang harus menegakkan etika menghormati kepercayaan orang lain dan sebagai ahli parlimen, dia seharusnya tidak membuat kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew berkata pemimpin politik harus memberi contoh peradaban baik dan berusaha untuk mencapai keharmonian untuk kepentingan bersama semua orang, malah perbahasan harus berdasarkan fakta dan alasan yang rasional, bukannya bersentimen agama atau pendapat.

Chiew yang kesal atas tindakan itu berpendapat Nik Muhammad Zawawi telah melampaui batas kepekaan agama dan kenyataannya juga bersifat provokasi dan tidak menghormati kepercayaan orang lain dan ia merupakan penghinaan kepada semua penganut Kristian.

Dalam pada itu beliau berharap pihak berkuasa dapat segera menghentikan tingkah laku tersebut mengikut undang-undang khususnya apabila seorang ahli parlimen secara terang-terangan menyinggung kepercayaan orang lain di dewan parlimen.

Chiew berkata setelah berulang kali menjawab fakta-fakta yang diputarbelitkan Nik Muhammad Zawawi sama sekali tidak menyesal dan bahkan menolak untuk menarik balik ucapannya dan meminta maaf.

Menurutnya di ketika negara menghadapi cabaran wabak COVID-19 dan ekonomi, kerajaan harus memperkuatkan promosi hidup bersama yang harmoni untuk menghadapi cabaran masa depan dan bukannya hanya menstabilkan kekuasaannya sendiri dan memanjakan sekutu-sekutunya saat ini sehingga menyebabkan kemudaratan kepada kepercayaan orang lain.

“Sudah tentu, sebelum ini beberapa pemimpin GPS secara langsung mengatakan sokongan terhadap PAS dan banyak tindakan ini menunjukkan mereka adalah rakan kongsi.”

“Saya percaya rakyat Sarawak dengan jelas melihat pemimpin dan parti politik GPS hanya cakap-cakap di mulut sahaja mengenai usaha melindungi hak dan kepentingan Sarawak tetapi pihak ini pada masa yang sama terus-menerus melanggar nilai dan semangat asas Sarawak,” ujarnya.

Disamping itu, Chiew berkata pemimpin dan parti politik ini harus mengambil tindakan yang berasas terhadap tekanan yang diberikan dan menyatakan dengan tegas untuk menghentikan tindakan memusnahkan kepelbagaian serta menunjukkan tanggungjawab untuk menghentikan kata-kata ekstrem.

Dalam pada itu, Chiew menekankan bahawa GPS kini menjadi anggota kerajaan persekutuan yang dibentuk UMNO dan PAS, malah beliau kesal sekali bahawa pemimpin parti ini tidak segera untuk menghentikan kenyataan dibuat Nik Muhammad Zawawi.

Katanya tingkah laku ekstrem seperti itu amat tidak diperlukan malah ia akan merosakkan lagi perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dan akhirnya akan menimbulkan ketegangan antara rakyat negara ini.