DAP Batu Kitang Menderma Mask Kepada 3 Gereja

554

Kenyataan Media Daripada Abdul Aziz:

Pengerusi DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa menyampaikan 1,500 keping pelitup muka kepada Home of Peace, Gereja Katolik St Ann Kota Padawan dan Gereja Katolik Sacred Heart Kota Sentosa.

Sumbangan pelitup muka ini telah diserahkan kepada Sister Ursula Madun Lian (mewakili Home of Peace), Friar David Au (mewakili Gereja Katolik St Ann Kota Padawan) dan Father John Chong (mewakili Gereja Katolik Sacred Heart Kota Sentosa).

Sumbangan ini adalah merupakan salah satu inisiatif DAP Batu Kitang dalam usaha membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani penularan wabak Covid-19. Ianya juga adalah untuk memastikan bahawa bekalan pelitup muka di rumah ibadat berada dalam keadaan yang mencukupi.

Berikutan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di beberapa buah negeri, Abdul Aziz Isa berkata orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan sosial dan kerap membasuh tangan.

Sehubungan itu, DAP Batu Kitang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Stampin akan cuba sedaya-upaya untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di kawasan DUN Batu Kitang.

29-09-2020
Abdul Aziz Isa
Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen
Pengerusi DAP Batu Kitang