Penangguhan Undi18 Menunjukkan PN Takut Akan Suara Anak Muda

366

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Pindaan rang undang-undang Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan umur minimum mengundi diturunkan kepada 18 tahun ditangguh ke September 2022 menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) takut dengan kadar pengundi yang tinggi dan kekuatan anak muda.

Setiausaha Publisiti Cawangan Bintulu Chiew Chan Yew berkata cadangan untuk menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun bermula pada bulan Julai 2018 dan pindaan perlembagaan juga dipersetujui sebulat suara oleh anggota parlimen semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada bulan Julai 2019.

Bagaimanapun, menurutnya pengumuman penangguhan oleh PN bukan sahaja mengecewakan tetapi juga merampas hak orang muda untuk mengundi.

“Rancangan untuk melaksanakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik kedua-duanya ditunda. Ini menunjukan kecekapan SPR pada tahap yang sangat rendah, tidak dapat diterima, dan sukar untuk melepaskan SPR dari kecurigaan motif dan manipulasi politik.

“Kelewatan SPR dalam menyemak pindaan dengan alasan COVID-19 merupakan kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab. Ini juga merupakan penyembunyian ketidakcekapan PN.”

“Kebimbangan utama PN adalah rakyat akan menyatakan ketidakpuasan dengan pentadbiran kerajaan PN melalui undi pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Di samping itu, metafora kerajaan PN merujuk kepada pengundi berusia 18 tahun sebagai dipengaruhi oleh konsep demokrasi negara barat juga harus dikutuk.

Chiew menekankan bahawa sejak pemerintahan pintu belakang PN berkuasa, ditambah dengan penyusupan politik ekstremis, persekitaran politik keseluruhan negara hampir tidak menunjukan pembaharuan, tetapi mengundur .

Pengundi bermula usia 18 tahun secara sepakat diluluskan oleh 95 peratus anggota parlimen tetapi sekarang ia ditundakan lagi.

Ini jelas menunjukkan bahawa PN hanya mengabaikan sistem demokrasi, dan pada akhirnya ia melakukan segalanya, dengan harapan rejim yang dirampasnya melalui pintu belakang dapat terus berjalan.