Patuhilah Kebebasan Bersuara Yang Ditegakkan Dalam Perlembagaan

656

Statement Daripada Tony Chiew:

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin didesak untuk menegakkan kebebasan bersuara dalam perlembagaan persekutuan dan meneruskan cara demokratik yang menerima pendapat berbeza sepertimana diamalkan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata mana-mana pihak berkuasa harus mengambil langkah sewajarnya mempertahankan kebebasan bersuara yang merupakan nilai universal masyarakat demokratik dan bebas.

Namun, menurutnya PN baru-baru ini telah memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang memainkan peranan dalam memantau kerajaan.

“Selain aspek pengawasan dan pembongkaran yang efektif, kebebasan bersuara juga memungkinkan lebih ramai orang memiliki ruang pemikiran refleksi yang cukup dan luas sehingga dapat memahami dengan jelas apa erti keadilan dan pertentangan moral. Ini adalah elemen dan syarat yang sangat diperlukan bagi masyarakat pluralistik dan profesif.”

“Langkah PN baru-baru ini untuk menyekat kebebasan bersuara di pelbagai pihak jelas demi kepentingan menjaga peribadi mereka sendiri seolah-olah memilih untuk kembali ke zaman BN (Barisan Nasional) yang menyekat ruang kebebasan bersuara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew mengulas mengenai Tindakan kerajaan PN baru-baru ini yang mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeo, bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan peguam hak asasi manusia Siti Kassim.

Selain itu, katanya media massa turut menjadi sasaran sama menampakkan kerajaan berusaha menggunakan cara tekanan tinggi terhadap mereka yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Disamping itu, Chiew berpendapat tindakan PN itu telah membuat krisis dalam kebebasan bersuara Malaysia dan juga menggagalkan usaha PH sejak 2017 untuk mempromosikan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan dengan membenarkan pendapat yang berbeza dalam masyarakat disampaikan dan didengar oleh kerajaan.

“Menurut Indeks Demokrasi 2019 yang dikeluarkan oleh The Economist Intelligence Unit, Malaysia menduduki tempat ke-43, peningkatan sembilan tempat dari tempat ke-52 pada tahun 2018, berbanding tempat ke-59 pada tahun 2017 di era BN,” ujarnya.

Malah, ranking Indeks Kebebasan Akhbar Dunia, Malaysia mencatatkan peningkatan yang mendadak dari 145 pada 2018 menjadi 123 pada 2019, sementara laporan yang dikeluarkan pada tahun 2020 menunjukkan peningkatan menjadi 101, jelas bahawa demokrasi dan kebebasan bersuara saling melengkapi. Katanya, ini juga merupakan petunjuk penting bagi PH semasa tempoh pemerintahannya kerana mampu menarik lebih banyak modal asing dan merangsang ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

Chiew juga cukup kesal bahawa tindakan PN baru-baru ini menyebabkan ianya kembali ke bentuk asal lebih-lebih lagi komen di media sosial mungkin juga akan dipanggil ke mahkamah menunjukkan PN bukan sahaja cenderung melaporkan baik, malah hanya membenarkan penulisan berita gembira sahaja.

“Sudah tentu, kami mengutuk sekeras-kerasnya penciptaan dan penyebaran berita palsu, bahkan menyokong pihak berkuasa undang-undang untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang diperlukan terhadap pengguna rangkaian ini yang tidak bertanggungjawab tetapi ini tidak bermaksud bahawa mereka dapat menyalahgunakan kuasa mereka untuk menekan kebebasan berekspresi orang ramai.”

“Malaysia harus merangkakan Hari Kebebasan Bersuara Nasional untuk mempromosikan demokrasi, mengejar nilai keadilan dan kematangan kebebasan bersuara dan ucapan sosial memerlukan beberapa generasi untuk dicapai. Ia tidak boleh menghapuskan prototaip kebebasan bersuara yang dipromosikan semasa pemerintahan PH,” tegasnya.