Lanjutan Tempoh Moratorium Wajar Diberikan Kepada Para Penerima Pinjaman

350

Statement Daripada Chiew Chin Sing:

Lanjutan tempoh moratorium selama enam bulan lagi adalah wajar diberikan kepada peminjam terutama bagi mereka yang terpaksa menghadapi krisis pengangguran, dipotong gaji selain para majikan yang masih belum mengambil pekerja baharu pada masa ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Chiew Chiu Sing berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu prihatin terhadap nasib rakyat dan mempertimbangkan perkara ini atas faktor-faktor tersebut.

“Apabila tempoh enam bulan (moratorium) ini berakhir, peminjam wajib membayar balik pinjaman tersebut. Pada masa ini ditambah dengan kemerosotan ekonomi dunia, tidak mudah untuk mencari wang, namun pihak bank akan tetap meminta peminjam membayarnya.”

“Menteri Kewangan harus memahami bahawa bank perlu memberi peluang, sekiranya bank memaksa membayar balik tetapi peminjam gagal membayarnya akan mengakibatkan kereta dan rumah mereka akan ditarik balik oleh bank.”

“Ini kelak bukan hanya mendedahkan kepada lebih banyak dilema besar malah mereka (peminjam) akan menghadapi masalah untuk bergerak (kerana tiada kereta) dan tempat tinggal yang akhirnya akan menimbulkan keresahan sosial,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.”

Chiew berkata pada masa sekarang peminjam menghadapi masalah wang tunai yang terhad disebabkan pandemik COVID-19 yang tidak dijangka malah sebilangan dari mereka menganggur dan tidak mempunyai pendapatan menyebabkan sukar untuk membayar balik pinjaman dan bukan mereka sengaja untuk tidak membayar balik.

Chiew berpendapat dengan keadaan yang tidak dijangka ini, bank harus memberikan lebih banyak tempoh (lanjutan moratorium).
Katanya sekarang pihak kapitalis harus memainkan peranan menyelamatkan negara dan ekonomi malah ianya juga tanggungjawab kapitalis untuk membantu masyarakat mengatasi kesulitan yang dihadapi.

Disamping itu, Chiew menekankan bahawa sebenarnya terdapat kekurangan aliran tunai di pasaran menyebabkan lebih banyak dana perlu disuntik.

“Memperpanjangkan lagi tempoh moratorium adalah releven kerana rakyat akan mempunyai tunai yang mencukupi membolehkan mereka berbelanja dengan banyak di pasaran supaya modal pasaran dapat menjadi lebih fleksibel.

“Sekiranya dipanjangkan sudah pasti akan melegakan para peminjam, ini disebabkan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir semua aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan menyebabkan banyak orang dan perniagaan kecil menghadapi dilema kekurangan pendapatan malah sukar untuk mencari wang untuk membayar pinjaman.”

“Bagaimanapun, tindakan bank memberikan moratorium tanpa faedah selama setengah tahun ini harus dipuji. Walau kita telah masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sektor ekonomi beransur-ansur dibuka namun ekonomi masih belum stabil, dapat diperhatikan bahawa jalan menuju pemulihan ekonomi masih panjang,” ujar beliau.