Laporan Polis Dibuat Atas PAS MP Yang Buat Pernyataan Sensitif Terhadap Kristian dan Enggan Meminta Maaf.

696

Kenyataan Media Daripada Brolin Nicholsion:

Tindakan Ahli Parlimen PAS Dr. Nik Muhammad Zamawi yang mengeluarkan kenyataan bahawa kitab Injil telah dipesongkan telah menyebabkan banyak umat Kristian tersinggung dengan kenyataan beliau.

Beliau telah pun didesak untuk memohon maaf tetapi enggan berbuat berbuat demikian dan mengatakan bahawa orang kristian tiada hak untuk tersinggung dengan kenyataan beliau.

Perbuatan ini boleh menyebabkan ketegangan kaum di Malaysia. Dan perbuatan ini seolah-olah membenarkan agama lain juga dihina dan menghina secara terbuka di umum.

Menurut kenyataan yang dilaporkan di MalaysiaKini, beliau tidak mahu meminta maaf kerana beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta.

Soalan yang saya ingin tujukan kepada Dr Nik Muhammad Zamawi ialah, jika benar kitab injil telah dipesongkan, dimana ia telah dipesongkan? Siapa yang memesongkan kita injil tersebut dan pada tahun bila ia diubah atau dipesongkan? Kerana bagi orang Kristian, kitab Injil ialah sahih dan tidak diubah.

Adakah Dr. Nik Muhammad Zamawi hanya membuat kenyataan hanya berdasarkan cakap-cakap yang tiada bukti yang kukuh tanpa betul-betul mengkaji alkitab injil orang kristian.

Saya mencabar Dr. Muhammad Zamawi untuk menunjukkan fakta kenyataan beliau melalui bukti bibliografi, bukti arkeologi dan bukti ujian dalaman (internal evidence) kerana dua ujian ini yang kerap digunakan para sejarawan untuk menentukan kesahihan sesebuah teks purba.

Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya 17 tulisan orang bukan Kristian yang merekodkan lebih 50 peristiwa dan kejadian yang terjadi di dalam kitab injil dan semua teks ini bertarikh 20-150 AD (After-Death) adakah Dr Muhammad Zamawi menidakkan fakta tersebut?

Jika benar Dr Muhammad Zamawi mempunyai PHD dalam perbandingan agama,beliau seharusnya beliau tahu bahawa tiga kaedah ini digunakan untuk membuktikan kesahihan sesebuah teks purba.

Oleh itu, kami telah membuat satu laporan polis agar polis menyiasat mengapa beliau enggan memohon maaf kepada umat Kristian agar perkara sebegini tidak lagi diulangi terhadpa agama lain di Malaysia.

Jika beliau ingin melakukan dialog, saya bersedia berdialog dengan beliau dan meminta agar beliau untuk tidak hanya berdialog dengan ahli parlimen sahaja tetapi kami juga bersedia untuk berdialog bersama beliau.

30-8-2020
BROLIN NICHOLSION
DAP Serian Branch Pro-tem Chairman
Pembantu Khas YB Chong Chien Jen