Jangan Sekali Percaya Dengan Berita Yang Belum Disahkkan

766

Kenyataan Media Daripada Brolin Nicholsion:

DAP Serian meminta orang ramai agar tidak menerima berita yang tidak mudah sahih dan tidak pasti akan kebenaran agar tida tertipu dengan mudah.

Ini kerana ada beberapa berita yang sedang tular di laman social yang mendakwa sekumpulan orang berkunjung dari rumah ke rumah untuk membahagikan pelitup muka telah tular di laman social.

Kenyataan yang tular tersebut konon perompak yang menyamar sebagai kakitangan awam yang kononnya itu adalah inisiatif terbaru pemerintah tempatan dimana pelitup muka yang diberi sudah disembur dengan bahan kimia dan boleh menyebabkan mangsa pengsan lalu dirompak.

Oleh itu, DAP Serian meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan berita sedemikian dan harus menelaah terlebih dahulu kesahihannya. Jika benar kejadian sedemikian terjadi, orang ramai harus melaporkan perkara tersebut ke pihak polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati menerima sesuatu dari orang yang tidak dikenali. Pastikan orang tersebut dikenali dan boleh menghubungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

DAP Serian telah memberi bantuan pelitup muka dari rumah ke rumah kerana kami tahu ada sesetengah keluarga yang tiada kenderaan untuk membeli di pasar dan takut bersesak untuk menaiki ‘van sapu’.

Dengan kaedah begini, DA Serian mampu untuk meringankan sikit beban mereka agar setiap keluarga mempunyai pelitup muka yang secukupnya untuk menghadapi pandemic Covid-19.

Justeru itu, DAP Serian juga meletakkan pengerusi DAP Serian supaya penduduk boleh menghubungi terus untuk bantuan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Mari kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 ini.


Brolin Nicholsion
Pengerusi DAP Serian
Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen