Bekas PM Didapati Bersalah Merupakan Usaha Teguh Rakyat Malaysia Pada 509 Yang Lepas.

418

Press Statement By Brolin Nicholsion:

Dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi terhadap bekas Perdana Menteri semalam di mana Dato Seri Najib Razak telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 12 tahun dan dendaan sebanyak 2.1bilion Ringgit.

Perkara sebegini boleh dilakukan kerana rakyat Malaysia dengan beraninya menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi untuk mengulingkan rejim Kleptocrat dan ahli politik elit yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk menindas rakyat.

Andai mereka masih lagi berkuasa, adalah hampir mustahil untuk melihat mereka ini dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman kerana mereka boleh sahaja menggubal undang-undang untuk menyekat demokrasi di negara kita ini.

Sekarang, rakyat Malaysia telah melihaf hasil penggorbanan yang mereka lakukan semasa PRU-14 yang lalu untuk mencipta sejarah melakukan perubahan.

Tetapi, perubahan tidak dapat berlaku sepenuhnya jika tidak bermula di Sabah dan Sarawak. Sabah sudah pun mengalami perubahan tetapi bukan Sarawak.

Untuk selama 57 tahun, rakyat Sarawak telah dipimpin dengan parti politik yang ideologi sama dimana mereka hanya menukar identiti mereka tetapi tetap orang sama.

Selama tempoh 57 tahun, kita telah melihat bagaimana Sarawak mundur dari arus permodenan tatkala negeri Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat-nya miskin. Manakal kebanyakan ahli politik dari Sarawak hidup dengan mewah malah ada yang memiliki tanah besar untuk membuat bisnes.

Bertahun lamanya rakyat Sarawak berjuang untuk isu tanah tidak kira melayu, cina dan Dayak. Menjelang beberapa bulan menghampiri pilihanraya, mereka akan dijanjikan dan jaminan yang tanah mereka tidak akan disalah guna, tetapi apa yang berlaku selepas pilihanraya adalah yang sebalik nya.

Oleh itu, pilihanraya negeria Sarawak yang akan datang, rakyat Sarawak harus berani melakukan perubahan agar kesaksamaan dan keadilan akan dapat dilaksanakan. Memilih kerajaan Sarawak yang baru yang lebih bertanggungjawab, berintegriti dan amanah. Mungkin rakyat Sarawak juga dapat menangkap ahli politik yang selama ini terlibat dengan rasuah dan menyalah-gunakan kuasa mereka dihadapkan ke muka pengadilan.

Saya percaya, perubahan di Malaysia akan bermula di Bumi Kenyalang. Rakyat Sarawak harus menjadi sebahagian daripada pelakar sejarah. Dan inilah masanya untuk UBAH. Bak kata pepatah Iban, “Anang takut, Anang Surut, UBAH!”

29/7/2020
BROLIN NICHOLSION
Pro-tem Chairman DAP Serian
Special Assistant to YB Chong Chien Jen