Kerajaan Sarawak Harus Menubuhkan Unit Profesional Untuk Kawalan COVID-19

380

Press Statement Daripada Tony Chiew:

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diminta untuk menjalankan prosedur pengesanan pantas dengan lebih berkesan kerana kecekapan jawatankuasa ini dalam menangani penularan wabak COVID-19 menentukan kemungkinan untuk wabak ini dapat diputuskan.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata prestasi JPBNS yang mengetuai tindakan pencegahan wabak telah menyebabkan keraguan ramai orang dan beliau mencadangkan agar Sarawak menubuhkan unit profesional untuk kawalan situasi wabak.

“Rakyat Malaysia termasuk rakyat Sarawak telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap tahap.”

“Oleh itu, pihak berkuasa pasti perlu memikul tanggungjawab sewajarnya dan melakukan lebih banyak usaha dan memikirkan cara berkesan selain hanya melakukan pengasingan jangka panjang.”

“Kami telah berulang kali menekankan bahawa virus pneumonia yang baharu ini adalah virus global, bukan setakat usaha membantu dalam bencana sahaja, ia merupakan perang anti-virus yang panjang. Oleh itu, Sarawak perlu segera menubuhkan unit khas yang diketuai oleh profesional.”

“Situasi hari ini nampaknya bergantung pada nasib, jika bernasib baik akan kurang penularan, dan jika tidak bernasib baik, jangkitan baru atau kluster baru akan muncul. Bahkan ada menteri persekutuan di Sarawak yang memberi lampu hijau untuk persiapan perhimpunan berskala besar. Langkah-langkah ini yang mengabaikan kesihatan dan keselamatan rakyat telah menidakkan usaha rakyat untuk bekerjasama untuk menangani penularan wabak tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan kerajaan menguatkuasakan semula perintah kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang dikhaskan untuk rakyat baharu pulang dari luar negara.

Dalam pada itu beliau berkata JPBNS juga telah mengumumkan persetujuan untuk meningkatkan jumlah penerbangan di Sarawak dari bulan Jun hingga Ogos, dan jumlah penerbangan setiap minggu boleh mencapai sebanyak 331 penerbangan.

Katanya ini bermaksud bahawa kerja pencegahan wabak COVID-19 di lapangan terbang perlu diperhebatkan termasuklah menambah lebih ramai pegawai yang bertugas, tidak mengabaikan penjejakan semua kes yang disyaki dan memastikan pusat kuarantin mencukupi untuk memenuhi keperluan pengasingan tersebut.

“Bandar-bandar yang mempunyai penerbangan ke luar negeri pasti akan menjadi kawasan yang paling berisiko. Oleh itu, kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa yang berkaitan harus tidak dapat mengabaikan semua langkah pencegahan wabak dan tanggungjawab pengawasan.”

“Dengan trend wabak di Sarawak baru-baru ini yang sepertinya mencetuskan gelombang kedua, dan negara-negara di seluruh dunia juga telah mempunyai gelombang kedua setelah memulakan semula kegiatan ekonomi, Sarawak mesti menilai semula kepada kebaikan dan keburukannya untuk mengelakkan berulangnya peningkatan kes,” ujarnya.