10 Soalan Parlimen Daripada YB Wong Ling Biu

654

Kenyataan Media Daripada Wong Ling Biu:

PERTANYAAN-PERTANYAAN UNTUK JAWAB LISAN

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DARIPADA AHLI PARLIMEN P.208 —–YANG
BERHORMAT TUAN WONG LING BIU

  1. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Pendidikan menyatakan sepanjang tempoh 5 tahun kebelakangan ini, berapa banyakkah jumlah peningkatan pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan kegiatan penagihan dadah? Adakah bilangan semakin meningkat?
  2. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Kesihatan menjelaskan adakah negara kita memainkan peranan dalam mencipta vacine bagi menangani pandemik wabak Covid19. Adakah negara kita bekerjasama dengan negara luar bagi melakukan penyelidikan tentang virus tersebut?
  3. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Kesihatan menyatakan apakah punca utama kematian pesakit Covid19 di negara kita?
  4. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Kesihatan menyatakan sebelum vaksin untuk Covid 19 ditemukan bagaimanakah langkah pihak kerajaan untuk menyembuhkan majoriti pesakit yang dijangkiti penyakit bahaya itu di negara kita?
  5. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Kewangan menyatakan semenjak krisis pandamik wabak Covid 19 syarikat penerbangan telah mengalami banyak kerugian, bagaimanakah langkah kerajaan bagi membantu
    syarikat penerbangan swasta seperti Air Asia dan Malindo Air bagi membendung masalah tersebut.
  6. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa banyakkah perniagaan yang telah ditutup semenjak penularan pandemik wabak Covid 19? Apakah yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu perniagaan tersebut untuk mengekalkan perniagaan mereka semasa wabak ini?
  7. Tuan Wong Ling [Sarikei] meminta Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapa peratuskah penurunan penjualan harta tanah semasa pandemik wabak Covid19 ini? Berapa banyakkah penurunan yang akan
    dijangka pada tahun depan?
  8. Tuan Wong Ling [Sarikei] meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri diberikan ganjaran sekiranya mereka mengutip lebih banyak cukai? Adakah mereka dibayar komisen atau
    bonus mengikut jumlah kutipan?
  9. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan, sektor perladangan dan pembinaan telah menghadapi kekurangan tenaga pekerja asing secara drastik setelah pandemik wabak Covid 19. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini?
  10. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah SACOFA Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat di Sarawak yang dibenarkan menyediakan infrastruktur telekomunikasi kepada
    penyedia perkhidmatan telefon bimbit? Adakah lesen syarikat ini diluluskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan apakah kelayakan yang dibenarkan bagi menjadi penyedia perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi?