GPS Dinasihati Agar Tidak Mengadakan Pilihan Raya Negeri Dalam Masa Pendamik Covid-19

315

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Berikutan keadaan penularan COVID-19 yang mengancam nyawa, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinasihatkan agar tidak membantah pendapat orang ramai dan berkeras untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata peningkatan jumlah jangkitan wabak tersebut sejak akhir-akhir ini terutamanya di Kuching telah menimbulkan kebimbangan masyarakat.

“Malang sekali jangkitan wabak selepas PRN di Sabah terus berlanjutan. Walaupun rakyat berulang kali menyatakan penentangan mereka terhadap PRN ketika ini, namun kerajaan yang diketuai oleh Abang Johari (Ketua Menteri) telah berulang kali menunjukkan sikap tidak ambil pedulinya dan menyatakan apa sahaja berlaku, pilihan raya mesti dilakukan.

“Mengadakan pilihan raya pada masa ini bukan hanya perlu memakai pelitup muka, walaupun pelbagai saranan telah diusulkan untuk rujukan, tidak ada yang berkesan. Ditambah pula Sarawak tidak membuat persediaan pilihan raya ketika wabak berlaku sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan hingga setahun,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Chiew memberikan contoh bahawa pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan tidak semudah seperti yang dikatakan oleh menteri dari GPS.

“Pemilihan di AS disiapkan setahun yang lalu dan kebanyakan dari mereka sekarang melakukannya dengan undi pos dan mereka merentas negeri. Menurut laporan, undi pos tahun ini di AS berjarak kurang dari 10 hari dari hari pilihan raya dan terdapat lebih dari 20 juta undi post berbanding dengan kurang dari 1 juta pada tahun 2016.

“Ini dapat dilihat bahawa pelaksanaan pilihan raya harus dipersiapkan sepenuhnya terlebih dahulu dan itu juga merupakan tanggungjawab asas kerajaan yang berkuasa. Tindakan GPS untuk mengadakan pilihan raya tanpa sebarang persiapan sangat mementingkan diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa yang sama, seperti yang dikatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh pada dua minggu yang lalu, berikutan negara sedang menghadapi jangkitan COVID-19, amatlah tidak sesuai untuk mengadakan Pilihran Raya Umum (PRU) atau PRN pada masa ini.

“Sedangkan SPR yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan pilihan raya juga mengatakan kebimbangan terhadap wabak itu, mengapa banyak menteri GPS masih menunjukkan sikap degil berulang kali?,” katanya.

Dalam pada itu, Chiew percaya bahawa kerajaan yang berkuasa mesti memastikan bahawa pilihan raya dijalankan dengan mengambil kira pendapat majoriti pengundi dan suara orang ramai.

Tambahnya jika tidak mereka harus mendengar pendapat umum dan menangguhkan pilihan raya daripada mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk menjangkakan peratus keluar mengundi yang rendah.

“Seperti yang dikatakan oleh pemimpin DAP, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya akan berakhir pada bulan Jun tahun depan, masih mungkin untuk mengumumkan pembubaran tersebut selepas bulan Jun.”

“Ahli DUN Sarawak dilantik pada 7 Jun 2016 dan hari terakhir penggal mereka pada 6 Jun tahun depan. Dengan pembubaran DUN Sarawak, SPR masih dapat dapat mengumumkan bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan dalam 60 hari. Dengan kata lain, pilihan raya Sarawak dapat ditunda sehingga awal Ogos tahun depan, tidak perlu terburu-buru pada tahun ini,” ujarnya.

Chiew mengatakan bahawa pelbagai amaran mengenai pilihan raya diadakan dalam keadaan penularan jangkitan ini telah disampaikan kepada kerajaan GPS yang diketuai Abang Johari dan berulang kali meminta Ketua Menteri memberi maklum balas yang rasional terhadap perkara ini, jika tidak pengundi akan menggunakan suara mereka untuk memberitahu kerajaan.